Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sibu sunyi, ramai memilih duduk di rumah

-

SIBU: Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini agak sunyi memandangk­an ramai memilih untuk duduk di rumah bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk membendung penularan COVID-19.

Tahun ini merupakan tahun kedua rumah terbuka tidak dibenarkan dan kunjung-mengunjung­i hanya dibenarkan untuk ahli keluarga terdekat pada Hari Raya pertama sahaja semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tinjauan di Kampung Bandong, Kampung Nangka danKampung­Hilirmenda­pati keadaan agak tenang dan sunyi jika dibandingk­an tahun lepas.

Menurut seorang penduduk, Mohd Safree Mohd Kassim, 53, berkata raya tahun ini disambut dengan ahli keluarga terdekat sahaja.

“Sambutan tahun ini sederhana sahaja dan ini tahun kedua rakan-rakan dari pelbagai latar belakang tidak dapat berkunjung.

“Sememangny­a

kita amat rindu dengan suasana perayaan yang sebenar. Namun kita terpaksa mematuhi SOP dan hanya diberi sehari untuk ahli keluarga terdekat untuk kunjung-mengunjung­i.

“Ini untuk kebaikan semua dan kita harus memainkan peranan bagi membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19,” ujarnya.

Mohd Safree menambah, sesi bergambar bersama ahli keluarga juga terasa agak janggal kerana terpaksa mengamalka­n penjarakan sosial serta memakai pelitup muka.

“Namun gambar ini akan menjadi kenangan pada masa akan datang,” jelasnya.

Ahli Persatuan Graduan Bumiputera Sibu Muhd Khairul Ikhwan Abdul Aziz berkata, sambutan raya tahun ini disambut secara sederhana dengan keluargany­a di Sibu Jaya.

Graduan Universiti Tun Hussein Onn berusia 22 tahun dalam bidang kejurutera­an awam memberitah­u sambutan tahun ini juga akan menjadi kenangan bagi mereka semua.

“Namun sambutan tahun ini tidak seceria tahun sebelum ini, di mana kita boleh kunjung-mengunjung­i atau balik kampung,” jelasnya sambil menambah persediaan raya tahun ini juga agak sederhana.

 ??  ?? IKUT SOP: Nur Hartini (kanan) bermaafan dengan anaknya Nur Farhana sempena Aidilfitri dengan memakai pelitup muka.
IKUT SOP: Nur Hartini (kanan) bermaafan dengan anaknya Nur Farhana sempena Aidilfitri dengan memakai pelitup muka.
 ??  ?? LENGANG: Keadaan di Kampung Hilir pada Hari Raya pertama kelmarin.
LENGANG: Keadaan di Kampung Hilir pada Hari Raya pertama kelmarin.
 ??  ?? MUHD KHAIRUL IKHWAN
MUHD KHAIRUL IKHWAN
 ??  ?? MOHD SAFREE
MOHD SAFREE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia