Utusan Borneo (Sarawak)

1 Syawal dirai dalam norma baharu buat tahun kedua

-

LAWAS: Tanggal 1 Syawal sekali lagi diraikan dalam norma baharu tahun ini ketika negara masih berperang dengan ancaman COVID-19 di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanak­an di Sarawak.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kaunselor Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa berkata, sambutan Aidilfitri tahun ini pastinya memberi peringatan mendalam bagi umat Islam yang meraikanny­a agar mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Tahun ini kita masih lagi menyambut Syawal untuk tahun kedua dalam keadaan pandemik COVID-19.

“Alhamdulil­lah, kita tetap bersyukur kerana Syawal dapat dirai dalam keadaan selamat dan aman damai,” katanya kepada media semalam.

Timbalan Pengerusi Parti PBB Cawangan Bukit Sari itu berkata, Aidilfitri yang kebiasaann­ya disambut meriah bagi meraikan kemenangan umat Islam berpuasa, kali ini diraikan penuh kesederhan­aan.

Jelasnya, langkah itu penting bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19 daripada terus merebak dalam komuniti di negeri ini.

“Syawal kali ini diraikan secara sederhana bersama ahli keluarga dan anak-anak di Kuching sahaja mengikut SOP yang digariskan kerajaan,” katanya.

Jelasnya bagi menghilang­kan kerinduan bersama ahli keluarga yang berada di Sabah, Lawas, Kuala Lumpur dan Brunei, mereka berhubung melalui platform media sosial.

“Menjelang Aidilfitri kami berhubung melalui aplikasi Zoom, panggilan video untuk bertanya khabar, mengutus ucapan Hari Raya dan bermaaf-maafan.

“Kita perlu akur dengan arahan kerajaan untuk meraikan Hari Raya mengikut norma baharu demi mengekang jangkitan COVID-19 di negeri ini dan di Malaysia,” ujarnya lagi.

Tambah Awangku Jinal, walaupun dalam pandemik COVID-19, mewujudkan suasana Aidilfitri itu penting buat anak-anak melalui tradisi yang dilakukan setiap kali sambutan Aidilfitri.

Beliau turut mengambil kesempatan sempena Syawal ini untuk mengucapka­n Selamat Hari Raya kepada ahli keluarga dan rakanrakan dimana saja mereka berada.

“Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, moga Aidilftri akan terus mengukuhka­n lagi hubungan dan kerjasama rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama di negeri ini,” katanya.

 ??  ?? SELAMATHAR­IRAYA:Awangku Jinal dan isteri Dayang Morsiah Awang Daud meraikan Syawal mengikut norma baharu.
SELAMATHAR­IRAYA:Awangku Jinal dan isteri Dayang Morsiah Awang Daud meraikan Syawal mengikut norma baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia