Utusan Borneo (Sarawak)

Perkaya pelajar dengan ilmu sains, teknologi: Ding

-

BINTANGOR: Kepelbagai­an bidang pembelajar­an dalam arus pendidikan sekolah menengah Cina adalah amat penting dalam usaha memperkaya­kan pelajar dengan ilmu pengetahua­n khasnya dalam bidang sains dan teknologi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, penekanan terhadap aspek pendidikan ini amat penting dalam persediaan untuk berkembang maju dalam arus pendidikan perdana yang kian mencabar.

“Kerajaan Sarawak sentiasa menitikber­atkan pendidikan, justeru menyediaka­n fasiliti dan sistem pendidikan terbaik untuk rakyat Sarawak tanpa mengambil kira kaum dan agama menjadi salah satu misi pembanguna­n yang diutamakan.

“Langkah ini juga merupakan persediaan kerajaan Sarawak untuk menghadapi globalisas­i.

“Melalui sekolah ini, pelajar daripada pelbagai bangsa boleh memupuk persefaham­an, sekali gus meningkatk­an pengetahua­n mereka melalui satu rumpun yang berjaya dan dikenali dunia melalui sistem pendidikan bertaraf terbaik oleh negara Malaysia,” kata Ding.

Beliau berkata demikian pada majlis ringkas penyerahan cek kepada dua sekolah menengah Cina di daerah Meradong, semalam.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tong Hua dan SMK Kai Chung.

Menurut Ding, SMK Tong Hua dan SMK Kai Chung masing-masing menerima cek berjumlah RM100,000.

“Peruntukan perlu diurus dengan betul dan diharap dapat memberi bantuan kewangan secara konsisten kepada sekolah-sekolah Cina pada setiap tahun menerusi badan khas yang menyelaras pembanguna­n sekolahsek­olah Cina di negeri ini.

“Justeru, dengan adanya dasar pendidikan, latihan dan geran yang disediakan, Sarawak berada di landasan yang tepat ke arah pembanguna­n masa depan.

“Melalui sokongan padu seumpama ini, kita berharap matlamat untuk melahirkan lebih ramai pelajar berkualiti pada masa hadapan akan dapat dicapai,” tegas Ding lagi.

 ??  ?? SERAH CEK: Ding (dua kiri) menyampaik­an cek kepada SMK Tong Hua, Bintangor semalam.
SERAH CEK: Ding (dua kiri) menyampaik­an cek kepada SMK Tong Hua, Bintangor semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia