Utusan Borneo (Sarawak)

SCOVAG bincang semula penggunaan vaksin AstraZenec­a

Perbincang­an lebih teliti akan dijalankan, sebarang keputusan mengenai penggunaan vaksin itu akan diumumkan KM

- Oleh Patricia Gari

SCOVAG akan membincang­kan perkara ini semula dengan teliti. Sebarang keputusan mengenainy­a akan diumum oleh Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg)

” kelak.

Dato Sri Dr Sim Kui Hian

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) akan membincang­kan semula penggunaan vaksin AstraZenec­a dalam Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri.

Beliau yang dihubungi pada Khamis bagaimanap­un perkara itu akan dibincangk­an dengan lebih teliti dan sebarang keputusan mengenai penggunaan vaksin itu akan diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari

Tun Openg kelak.

“SCOVAG akan membincang­kan perkara ini semula dengan teliti. Sebarang keputusan mengenainy­a akan diumum oleh Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) kelak,” ujarnya ringkas.

Dr Sim berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai hantaranny­a di dalam Facebookny­a pada malam Rabu mengatakan SCOVAG akan berbincang semula mengenai penggunaan vaksin AstraZenec­a dalam program ini (PICK peringkat negeri) dan kerajaan Sarawak akan membeli sendiri vaksin ini bermula bu

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

lan depan dan seterusnya.

“Sarawak berharap dapat bekerjasam­a rapat dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pasukan

Pengurusan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) kebangsaan bagi mempercepa­tkan penambahan vaksin dalam jumlah yang besar dihantar ke Sarawak menerusi bahagian sah di bawah PICK,” tambahnya yang juga Penasihat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri

Sarawak (JPBNS).

Pada 4 Mei lalu, Bernama melaporkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berharap kerajaan Sarawak mempertimb­angkan semula keputusan untuk menerima vaksin AstraZenec­a (AZ) COVID-19.

Menurutnya, vaksin AZ terbukti telah mendapat sambutan menggalakk­an dan orang ramai yakin dengan keselamata­nnya apabila ia dibuka pendaftara­nnya secara sukarela di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Semalam, kita tengok keyakinan (orang ramai) terhadap AZ sangat baik sekali. Terpulang kepada kerajaan Sarawak, sekiranya mereka buat keputusan untuk terima AZ selepas berasa yakin, saya terbuka untuk buka (permohonan) di Sarawak,” katanya.

Sebelum itu, Dr Sim juga menerusi hantaranny­a di dalam Facebook beliau memaklumka­n Sarawak menolak penggunaan vaksin AZ di negeri ini.

“Mereka yang ingin mendapatka­n vaksin AstraZenec­a COVID-19 secara sukarela boleh harus pergi ke manamana pusat vaksinasi di Selangor dan Kuala Lumpur,” ujarnya.

 ??  ?? DR SIM
DR SIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia