Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak bantu bawa pulang 952 pelajar matrikulas­i

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Rumah Sarawak di Kuala Lumpur dan Sarawak Volunteers membantu membawa pulang 952 pelajar matrikulas­inya di Semenanjun­g dan Labuan ke negeri ini.

Penghantar­an pulang pelajar ini dibuat secara berperingk­at antara 11 Mei dan 14 Mei 2021 dengan kumpulan terakhir 35 pelajar di Semenanjun­g diterbangk­an menggunaka­n pesawat MH2742 dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bintulu semalam.

Mereka terdiri daripada 14 pelajar matrikulas­i di Selangor, Negeri Sembilan (12), Melaka (3), Perak (3), Johor (2) dan Pulau Pinang (1).

Bagi pelajar Iban, Louisa Geranting, 19, kepulangan ini memberi peluang untuknya meraikan Hari Gawai bersama keluarga pada 1 dan 2 Jun nanti.

“Jika semuanya berjalan lancar dengan kami mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), termasuk menjalani kuarantin wajib 14 hari, kami akan dapat pulang ke pangkuan keluarga menjelang Gawai Dayak,” katanya di KLIA semalam.

Louisa anak sulung dari tiga beradik dari Sungai Plan, Bintulu itu, menuntut di Kolej Matrikulas­i Melaka.

Perasaan terharu dapat pulang menjelang Gawai yang akan diraikan tidak lama lagi turut dikongsika­n rakannya Concessa Kuek Augustine, 19, berketurun­an Bidayuh.

“Walaupun Gawai akan diraikan dalam keadaan norma baharu namun sekurangku­rangnya kami dapat kembali ke pangkuan keluarga tersayang,” kata anak kedua daripada dua beradik itu.

Menurut Concessa yang juga menuntut di Melaka, pada mulanya mereka sangka akan terkandas di Semenanjun­g sehingga selepas Gawai memandangk­an keadaan pandemik COVID-19 yang semakin membimbang­kan.

Namun pihak kolej, Kementeria­n Pendidikan, dengan kerjasama Rumah Sarawak di Kuala Lumpur, Sarawak Volunteers, JPBNS dan Malaysia Airlines telah mengurus dan mempermuda­hkan kepulangan mereka.

MIRI: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Miri menerima sumbangan 30 kampit beras untuk diagihkan kepada penduduk memerlukan.

Beras adalah sumbangan Shun Shen Lee Trading (Miri) Sdn Bhd, diterima oleh Ketua Pemuda Peter Hee.

Penaja diwakili Penerbit serta pengacara Myytalk Alan Sia diserahkan di pejabat DAP baru-baru ini.

“Kita akan agihkan beras ini kepada penduduk yang sekarang berdepan waktu sukar kesan pandemik. Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban perbelanja­an dapur mereka,” jelas Hee.

Beliau berterima kasih kepada penaja dan berharap lebih ramai tampil membantu masyarakat setempat.

MyyTalk merupakan segmen temu ramah secara lang

Pelajar tunggal Sarawak yang menuntut di Kolej Matrikulas­i Pulau Pinang, Joseph Nyangau, 19, turut menganggap kepulangan ini sebagai hadiah Gawai.

Berasal dari Rumah Jiram, Bintulu, anak ketiga dari enam beradik berketurun­an Iban ini berkata, dapat bersama keluarga di Hari Gawai biarpun diraikan dalam norma baharu, amat besar sung menerusi media sosial.

Hee berkata ia merupakan saluran untuk rakyat mendengar, berkongsi, menyuaraka­n aduan dan pendapat mereka tentang perkembang­an semasa. maknanya buat beliau dan keluarga.

Pengarah Rumah Sarawak di Kuala Lumpur Awang Supian Awang Daud menghantar pulang pelajar-pelajar berkenaan pagi semalam dan pasukan dari Rumah Sarawak turut mengagihka­n makanan dan minuman untuk mereka, sebelum mereka menaiki pesawat dari KLIA ke Bintulu.

DAP Miri terima sumbangan beras untuk keperluan rakyat

“Kerjasama semua memainkan peranan masingmasi­ng mematuhi SOP dan arahan pihak berkuasa diperlukan untuk mengawal dan membendung penularan virus ini,” jelasnya.

 ??  ?? SOKONGAN: Awang Supian (berdiri, kiri) menghantar pulang kumpulan terakhir pelajar Matrikulas­i Sarawak di KLIA semalam.
SOKONGAN: Awang Supian (berdiri, kiri) menghantar pulang kumpulan terakhir pelajar Matrikulas­i Sarawak di KLIA semalam.
 ??  ?? TERIMALAH: Hee (kiri) dan Sia bergambar dengan sumbangan beras di pejabat DAP, baru-baru ini
TERIMALAH: Hee (kiri) dan Sia bergambar dengan sumbangan beras di pejabat DAP, baru-baru ini
 ??  ?? CONCESSA
CONCESSA
 ??  ?? LOUISA
LOUISA
 ??  ?? JOSEPH
JOSEPH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia