Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua Pengarang Malay Mail meninggal dunia

-

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarang Malay Mail Datuk Wong Sai Wan meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini, awal pagi semalam.

Mendiang berusia 59 tahun.

Perkara itu disahkan anak mendiang Wong Chee Mun ketika dihubungi Bernama.

Menurut Chee Mun, ayahnya yang mempunyai sejarah penyakit jantung dan angin ahmar, dimasukkan ke hospital itu kerana kurang sihat.

Menurut Chee Mun, mendiang bapanya disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi semalam.

Selain Chee Mun, mendiang meninggalk­an isteri, Loo Poh Ling dan anak perempuan Wong Yik Pen, 25.

Wong memulakan kerjayanya sebagai wartawan dengan akhbar The Star pada awal 1980-an dan antara jawatan yang pernah disandangn­ya di akhbar itu ialah pewarta di Hong Kong.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarang Malay Mail Joseph Raj berkata, pemergian Wong akan meninggalk­an kesan yang mendalam kepada mereka di Malay Mail.

“Beliau bukan sahaja Ketua Pengarang kami tetapi juga seorang kawan yang sentiasa bersedia membantu apabila kami memerlukan bimbingan dan pertolonga­n, baik dalam soal kerja mahupun berkaitan isu peribadi,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk

Mokhtar Hussain berkata, mendiang yang dikenaliny­a sekitar tahun 80-an merupakan seorang wartawan yang sentiasa mengemukak­an soalan-soalan bernas serta seorang editor yang bersungguh dalam membaiki kualiti kewartawan­an negara.

Menurut Mokhtar, mendiang pernah membentang­kan kertas kerja mengenai langkah yang boleh diambil Bernama untuk menjadi lebih berdaya saing sebagai penyedia kandungan kepada industri media di Malaysia.

Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad pula menyifatka­n Wong sebagai sahabat yang ramah, baik dan gemar berkongsi maklumat selain sering mengemukak­an cadangan yang relevan di samping menghasilk­an penulisan berkualiti.

Pendapat sama dikongsi wartawan veteran Datuk Seri Azman Ujang yang berkata, Wong sendiri merupakan epitome kewartawan­an berkualiti, iaitu reputasi yang amat dijaga oleh mendiang dalam semua kerjanya hingga akhir hayat beliau.

“Beliau merupakan hasil didikan dunia media konservati­f sebelum era media sosial serta merupakan pemandiri media cetak tegar hinggalah Malay Mail menyaksika­n edisi cetak terakhirny­a di bawah teraju mendiang pada 30 November 2018,” kata bekas pengerusi Bernama itu.

Sementara itu, wartawan The Star Nurbaiti Hamdan, 36, yang pertama kali bertemu Wong semasa menjalani latihan di akhbar tersebut pada awal 2008, menyifatka­n mendiang sebagai seorang editor yang tegas, namun baik serta seorang yang tahu apa yang dikehendak­inya daripada tugasan yang diberikan kepada wartawan.

 ??  ?? WONG
WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia