Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: CPRC Kelantan tidak galak pengasinga­n di rumah

-

KOTA BHARU: Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Kelantan tidak menggalakk­an Perintah Pengasinga­n di Rumah (HIO) berikutan peningkata­n kes COVID-19 di negeri ini ketika ini.

Pengarahny­a, Dr Mohd Azman Yacob berkata, individu positif wabak itu sebaliknya perlu berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“Ini kerana pertamanya dari segi kawalan dan kedua untuk mengesan gejala terutama pesakit yang berumur. Kalau duduk di rumah mungkin mereka tidak maklumkan kepada hospital atau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC),” katanya kepada pemberita kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas meninjau PKRC Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata, mereka yang ditempatka­n di PKRC di negeri ini perlu terus kekal berada di pusat berkenaan sehingga tempoh kuarantin tamat, susulan terdapat permintaan daripada pesakit COVID19 yang ingin pulang ke rumah selepas berada tujuh hari di PKRC dan mahu menamatkan baki tiga hari kuarantin secara HIO di rumah.

Dr Mohd Azman berkata, Kelantan kini memiliki 10 PKRC berikutan pembukaan dua lagi pusat berkenaan di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas dan Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Tanah Merah.

“PKRC KKTM Pasir Mas telah dibuka pada Selasa (11 Mei) akan menempatka­n 160 pesakit wanita, manakala PKRC Tanah Merah beroperasi bermula Rabu (12 Mei) akan menempatka­n 200 pesakit lelaki,” katanya.

Ditanya mengenai cadangan pembukaan hospital medan, Dr Mohd Azman berkata perbincang­an di peringkat negeri bersama tentera telah dilakukan, namun pembukaann­ya akan disemak semula memandangk­an PKRC ketika ini masih mampu menampung jumlah pesakit.

 ?? — Gambar Bernama ?? PRIHATIN: Dr Mohd Azman (dua kanan) bertanya sesuatu kepada seorang pesakit sempena tinjauan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Negeri Kelantan semalam.
— Gambar Bernama PRIHATIN: Dr Mohd Azman (dua kanan) bertanya sesuatu kepada seorang pesakit sempena tinjauan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Negeri Kelantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia