Utusan Borneo (Sarawak)

Umat Islam sambut Aidilfitri dibayangi krisis Israel-Palestin

Serangan ganas rejim Israel di Gaza ragut 100 nyawa, 580 cedera

-

RIYADH: Umat Islam di seluruh dunia meraikan Aidilfitri dalam suasana suram kelmarin ketika pergolakan semakin meningkat antara rejim Israel dengan Palestin, dalam sambutan kedua yang diselubung­i pandemik COVID-19.

Perayaan tiga hari itu, menandakan berakhirny­a bulan puasa Ramadan, secara tradisiona­l disambut dengan sembahyang di masjid, jamuan keluarga serta membeli pakaian baharu, hadiah dan manisan.

Menyuramka­n lagi perayaan tersebut, yang sudah pun kurang meriah akibat penularan pandemik, adalah pergolakan berdarah antara Israel dan Palestin, dengan ketakutan timbul bahawa ia boleh meledak menjadi konflik besar.

Ketegangan meningkat dengan rancangan Israel menghalau warga Palestin dari kawasan timur Baitulmuqa­ddis, yang rejim Yahudi lihat sebagai sebahagian daripada ibu kotanya tetapi dianggap sebagai ditakluki oleh Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB).

Israel kelmarin berusaha mematahkan rusuhan antara penduduk Arab dan Yahudi di tanah mereka sendiri beberapa hari selepas berbalas serangan maut dengan pejuang Palestin di Gaza.

Di Gaza, seramai 100 orang terkorban setakat ini termasuk 27 kanak-kanak, dan lebih 580 cedera ekoran beberapa hari serangan udara bertalu-talu dari Israel di daerah pesisiran yang padat.

Mewakili suara kebanyakan umat Islam, Raja Salman dari Arab Saudi mengkritik keras Israel dalam panggilan telefon semalam kepada Perdana Menteri Pakistan Imran Khan di ambang Aidilfitri.

Rajaterseb­ut“menekankan cemuhan Arab Saudi terhadap tindakan warga Israel di Baitulmuqa­ddis dan keganasan yang dilakukan rejim Israel, serta menegaskan bahawa negara itu menyebelah­i warga Palestin,” menurut laporan rasmi Agensi Media Saudi.

Manakala di Afganistan, gencatan senjata tiga hari Aidilfitri yang dipersetuj­ui oleh puak Taliban dengan kerajaan telah dilaksanak­an, memberi sinar harapan kepada warga Afghan selepas berminggu-minggu diselubung­i keganasan maut.

Pergolakan semakin membara sejak Amerika Syarikat tidak mematuhi tarikh akhir 1 Mei, dipersetuj­ui dengan Taliban tahun lalu untuk mengundurk­an kesemua pasukan tenteranya.

“Saya berasa lega dan aman hari ini kerana ia hari Aidilfitri dan tiada permusuhan,” kata Mirajuddin, yang melawat zoo Kabul bersama dengan lima anaknya, semua berpakaian serba baharu.

Di Iran, yang telah memulakan sambutan pada awal minggu ini, pemimpin agung Ayatollah Ali Khamenei sempena sambutan Aidiliftri memberi pengampuna­n dan meringanka­n hukuman penjara lebih 2,000 banduan yang disabit kesalahan, menurut laman sesawangny­a.

Di Maghribi, perintah berkurung semalaman telah dilaksanak­an sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19 yang menyaksika­n solat terakhir Ramadan ditegah bagi mengelak kesesakan orang ramai.

Selain itu, kunjungan keluarga tidak dibenarkan dan masjid ditutup di Tunisia dalam perintah berkurung seminggu yang bermula pada Ahad.

Namun tragedi menimpa Bangladesh, menyaksika­n lima mangsa terkorban semalam dalam nahas feri terlebih muatan yang membawa lebih 1,000 penumpang.

Negara-negara Asia Selatan pula berhadapan dengan bahaya apabila orang ramai berpusu-pusu beberapa hari ini serta mengingkar­i arahan berkurung telah pulang ke kampung untuk meraikan Aidilfitri.

 ?? — Gambar AFP ?? SOKONG PALESTIN: Penduduk Islam di Kenya berarak sebagai tanda sokongan untuk rakyat Palestin kelmarin.
— Gambar AFP SOKONG PALESTIN: Penduduk Islam di Kenya berarak sebagai tanda sokongan untuk rakyat Palestin kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia