Utusan Borneo (Sarawak)

Honduras mula terima vaksin dari El Salvador

-

TEGUCIGALP­A: Tujuh datuk bandar Honduras kelmarin menerima sebanyak 34,000 dos vaksin COVID19 yang disumbangk­an oleh El Salvador, selepas mereka meminta bantuan daripada presiden negara jiran itu.

Datuk-datuk bandar telah bergambar di sebuah jambatan di sempadan di mana vaksin tersebut tiba, dengan panji-panji menulis: “Presiden Nayib Bukele, Honduras mengucapka­n terima kasih kepada kamu.”

Bukele, sebagai balasan, menciap di Twitter bahawa detik itu adalah “bersejarah.”

Honduras menghadapi kesukaran mendapatka­n vaksin untuk mengawal pandemik yang membanjiri hospital akibat kempen politik untuk pilihan raya awal Mac diikuti gerakan penduduk beramai-ramai untuk meraikan Easter.

Negara dengan populasi hampir 10 juta itu setakat ini menerima 248,600 dos.

Manakala El Salvador, dengan 6.5 juta penduduk telah memiliki kesemua dos yang diperlukan dalam mencatatka­n kadar inokulasi tertinggi di Amerika Tengah.

Honduras telah melaporkan sekitar 220,000 kes COVID-19 serta 5,600 kematian berbanding El Salvador dengan 70,900 kes jangkitan dan 2,100 kematian.

Pada Ahad, Bukele bersetuju dengan permintaan daripada tujuh datuk bandar dari parti pembangkan­g di Honduras bagi membekalka­n vaksin untuk rakyat mereka. Datuk-datuk bandar tersebut menjelaska­n kerajaan negara mereka “tidak cekap” dalam menangani pandemik itu.

Bukele bersetuju dengan datuk-datuk bandar itu pada Selasa serta mengesahka­n penghantar­an vaksin AstraZenec­a.

Pada Isnin, Honduras mengumumka­n negara jiran itu juga bersetuju untuk membantuny­a mendapatka­n vaksin COVID-19 dari China yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Tegucigalp­a.

Presiden Honduras Juan Orlando Hernandez mempunyai hubungan tegang dengan Bukele, yang menjadi pihak lawannya dalam pilihan raya 2018 serta telah mengutuk amalan rasuah di sana.

 ?? — Gambar AFP ?? UNTUK HONDURAS: Pekerja mengangkat kotak yang berisi vaksin untuk rakyat Honduras di Kementeria­n Kesihatan di Soyapango, El Salvador kelmarin.
— Gambar AFP UNTUK HONDURAS: Pekerja mengangkat kotak yang berisi vaksin untuk rakyat Honduras di Kementeria­n Kesihatan di Soyapango, El Salvador kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia