Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat AS sudah divaksin tidak perlu pakai pelitup muka: CDC

-

WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) kelmarin mengumumka­n akan memansuhka­n peraturan penggunaan pelitup muka bagi mereka yang telah divaksin sepenuhnya menentang COVID-19.

“Sesiapa yang telah divaksin sepenuhnya boleh menyertai aktiviti luar dan dalam, kecil-kecilan ataupun besar-besaran, tanpa menggunaka­n pelitup muka mahupun penjarakan fizikal,” kata pengarah CDC Rochelle Walensky.

“Jika kamu sudah divaksin sepenuhnya, kamu boleh mula melakukan aktiviti yang telah terhenti oleh pandemik ini.”

Keputusan itu dilakukan selepas pelbagai data menampilka­n keberkesan­an teramat tinggi oleh vaksin, bukan sahaja dalam menghalang COVID-19 bersimptom namun juga jangkitan.

Dalam kes jarang yang mana seseorang yang sudah divaksin sepenuhnya dijangkiti, kajian membuktika­n mereka tidak berkemungk­inan mempunyai virus dalam rongga hidung mereka dan oleh itu kemungkina­n amat rendah untuk menularkan wabak tersebut.

Menurut laman sesawang CDC, pelitup muka masih diperlukan dalam penerbanga­n, bas, kereta api dan pengangkut­an awam lain dalam perjalanan menuju, di dalam mahupun keluar dari negara itu, serta dalam hab pengangkut­an AS seperti lapangan terbang dan stesen. Pelancong antarabang­sa yang sudah divaksin sepenuhnya yang tiba di AS masih perlu menjalani ujian tiga hari sebelum penerbanga­n, atau menampilka­n dokumen sembuh daripada COVID-19 dalam tiga bulan sebelumnya.

Walensky menasihatk­an mereka yang mempunyai sistem imun rendah patut berbincang dengan doktor masing-masing sebelum mengetepik­an pelitup muka mereka.

Ia telah dibuktikan bahawa mereka dengan sistem imun rendah tidak mendapat respons yang terbaik daripada vaksin tersebut.

Beliau berkata peraturan tersebut boleh berubah sekiranya keadaan bertambah buruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia