Utusan Borneo (Sarawak)

PM Nepal yang disingkir dilantik semula

-

KATHMANDU: Perdana Menteri Nepal yang disingkir telah dilantik semula selepas parti politik lawan gagal untuk mendapat sokongan majoriti penggubal undangunda­ng.

KP Sharma Oli, 69, telah kalah dalam undian pada Isnin selepas beberapa bulan bertengkar dengan Parti Komunis Nepal pimpinanny­a dan dengan rakan sejawat dalam kerajaan campur.

Namun setelah presiden meminta parti-parti untuk menamakan calon baharu sehingga petang Khamis, parti pembangkan­g Kongres Nepal gagal menyimpulk­an persetujua­n majoriti.

“Yang Berhormat Presiden Bidya Devi Bhandari telah melantik KP Sharma Oli sebagai perdana menteri,” menurut satu kenyataan daripada pejabat presiden.

Persengket­aan politik yang baharu timbul di Nepal setelah negara Himalaya itu bergelut dalam pandemik COVID-19, dengan kekurangan bekalan oksigen dan katil hospital.

Kes harian telah meningkat 60 kali ganda sejak 1 April menyaksika­n hampir 1,000 mangsa maut dalam tempoh 10 hari lalu, menurut angka rasmi, tetapi menurut orang ramai angka tersebut kurang dilaporkan daripada skala sebenar.

Persatuan Perubatan Nepal telah menyeru ahli politik untuk “mengetepik­an perbezaan politik mereka” dan mengutamak­an menyelamat­kan nyawa.

Selama beberapa bulan, Oli berhadapan kritikan keras dalam cara beliau menangani pandemik itu, diikuti dakwaan rasuah serta perebutan kuasa politik.

Beliau pernah dilantik sebagai perdana menteri pada 2018 dan mendapat sokongan majoriti dua pertiga parlimen melalui penggabung­an partinya, CPN-UML, dan bekas pembangkan­g Parti Komunis Nepal (Pusat Maoist).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia