Utusan Borneo (Sarawak)

Polis dilontar mercun selepas minta orang ramai bersurai

Letupan dipercayai daripada mercun yang sengaja dilontar terhadap polis

-

“Semasa pihak polis sedang menyuraika­n orang ramai yang berkumpul, tiba-tiba satu letupan kuat berlaku dan hampir mengenai pihak polis yang sedang bertugas. ”

ACP Beh Eng Lai

Ketua Polis Daerah Sentul

KUALA LUMPUR: Sepasukan anggota polis dilontar mercun ketika cuba menghentik­an kirakira 200 penduduk kerana membakar bahan tersebut secara terbuka, di kawasan Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul di sini awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.50 pagi dan apabila tiba di lokasi, keadaan menjadi sangat tegang dengan letupan mercun tidak terkawal dan memberi amaran agar perbuatan tersebut dihentikan, namun tidak diendahkan.

“Semasa pihak polis sedang

menyuraika­n orang ramai yang berkumpul, tiba-tiba satu letupan kuat berlaku dan hampir mengenai pihak polis yang sedang bertugas.

“Letupan dipercayai daripada mercun yang sengaja dilontar terhadap polis dan setelah itu orang ramai segera beredar dari kawasan itu. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan polis berjaya mengawal tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil, kerana menakutkan secara jenayah dan larangan ke atas pemasangan bunga api yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahter­aan serta keharmonia­n di Kuala Lumpur, sambil menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap individu-individu ingkar.

Beh meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu agar menghubung­i Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 0340482206. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia