Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM mohon proses tender kamera badan dipercepat

-

SUBANG JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memohon kepada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) untuk mempercepa­tkan proses tawaran tender perolehan kamera badan bagi kegunaan anggota polis di lapangan.

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya mendapat maklum balas positif daripada KDN berhubung perkara itu.

“Saya telah membawa perkara ini kepada KDN untuk mempercepa­tkan proses (tawaran) tender aset berkenaan dan didapati ia berada di atas landasan dan diharap dapat dilaksanak­an pada hujung Mei ini atau Jun depan,” katanya kepada pemberita selepas melawat sekatan jalan raya di Plaza Tol Subang di sini semalam.

Beliau berkata, ia kemudian akan melalui proses penilaian oleh Jawatankua­sa Teknikal sebelum dipilih Lembaga Perolehan Tender di KDN bagi mengeluark­an surat setuju terima kepada syarikat yang terpilih.

Sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi melindungi anggota PDRM daripada perbuatan fitnah penjenayah atau orang tidak bertanggun­gjawab, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembelian kamera badan untuk kegunaan anggota polis.

Muhyiddin berkata, ia bagi melindungi anggota PDRM daripada perbuatan fitnah daripada penjenayah ataupun orang yang tidak bertanggun­gjawab.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, kelengkapa­n sekatan jalan raya seperti khemah dan peralatan klinikal bagi tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa Rabu hingga 7 Jun mencukupi dalam menjaga kebajikan dan keselesaan anggota bertugas di lapangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia