Utusan Borneo (Sarawak)

Insiden rusuhan Parit Raja: 20 individu ditahan setakat ini

-

JOHOR BAHRU: Seramai 20 individu telah ditahan polis setakat ini kerana dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh di Parit Raja, Batu Pahat, yang tular dalam laman sosial kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata, kesemua lelaki yang ditahan merupakan penduduk setempat, berumur 16 hingga 28 tahun.

“Berdasarka­n semakan semuanya tiada rekod jenayah dan kini ditahan reman selama empat hari sehingga 17 Mei,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2 pagi kelmarin di persimpang­an Pekan Parit Raja di Kilometer 22.5 Jalan Batu Pahat-Kluang.

“Kumpulan tersebut yang dianggarka­n seramai 40 orang telah membuat halangan menggunaka­n motosikal dan kereta kepada pengguna kenderaan yang melalui jalan berkenaan selama 15 minit bagi menarik perhatian mereka, selain merentang kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ serta membakar suar dan mercun.

“Kain rentang yang sama juga telah dibawa dan digantung di jejantas di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Nan sejurus selepas kejadian,” katanya.

Ismail turut memberitah­u siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 144, 269 dan 505 (b) Kanun Keseksaan; Seksyen 8 Akta Bahan Letupan; Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Akta 342) dan juga Seksyen 48 Akta Pengangkut­an Jalan.

Malam kelmarin, polis memberitah­u sudah menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun untuk membantu siasatan, setelah mendapat makluman daripada orang awam mengenai penemuan kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ di sebuah jejantas kelmarin, selain sebuah video menunjukka­n perhimpuna­n, pembakaran suar dan kejadian menaikkan kain rentang tanpa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia