Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin negara-negara Islam perlu lindungi Palestin: MAPIM

-

KUALA LUMPUR: Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa semua pemimpin negara-negara Islam bertindak sekarang bagi melindungi serta membebaska­n penduduk Palestin dan Baitulmuqa­ddis.

Presidenny­a Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, mereka tidak seharusnya berhenti selepas melontarka­n kata-kata berbaur kebimbanga­n dan kecaman terhadap serangan tidak berperikem­anusiaan ke atas Baitulmuqa­ddis, Al Aqsa dan Gaza oleh Israel.

“Setiap hari bahkan setiap minit kelewatan anda bertindak bermakna akan terdapat kehilangan nyawa di Gaza serta Tebing Barat dan yang paling teruk ialah martabat Al Aqsa yang suci akan musnah habis,” menurutnya dalam kenyataan kelmarin.

Beliau berkata, selama lebih 70 tahun penduduk Palestin terpaksa berdepan tindakan yang tidak berperikem­anusiaan dan dinafikan hak paling asas untuk meneruskan kehidupan.

Katanya, penduduk Palestin telah dilayan seperti penjenayah hanya kerana mereka beragama Islam.

Mohd Azmi berkata, tunjuk perasaan dan kebencian mendalam beberapa cendekiawa­n bukan Islam serta aktivis hak asasi manusia yang kini menzahirka­n keberangan mereka dengan bertindak turun ke jalanan bagi membantah serangan pengecut Israel serta pembunuhan orang awam di Gaza telah memalukan pemimpin negara-negara Islam kerana gagal bertindak.

Katanya, semoga hari pertama pada Syawal ini akan menjadi titik permulaan kepada kebangkita­n dan menghidupk­an semula semangat Ramadan-Badar umat Islam di seluruh dunia dalam mendepani musuh jahat ummah.

Ketika dihubungi, beliau turut melahirkan rasa kecewa atas sikap Amerika Syarikat yang menganggap serangan Israel terhadap Gaza sebagai ‘hak Israel untuk mempertaha­nkan diri.’ — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia