Utusan Borneo (Sarawak)

Media Malaysia perlu waspada agar tidak jadi mangsa propaganda Zionis

-

KUALA LUMPUR: Media Malaysia perlu berwaspada agar tidak menjadi mangsa propaganda Zionis sehingga menjadi rakan subahat dalam penderitaa­n penduduk Palestin, demikian menurut badan bukan kerajaan (NGO) propembeba­san Palestin.

Boycott Divestment & Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) berkata oleh itu, tindakan pantas yang diambil Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah wajar mendapat pujian semua pihak yang ingin melihat pelaporan berita yang tepat terutama peristiwa berdarah yang kini berlaku di Palestin.

“BDS Malaysia hari ini benar-benar ikhlas memuji tindakan pantas yang diambil menteri berkenaan dalam isu pelaporan berita TV Mandarin di RTM pada 11 Mei lepas yang menyebut Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sebagai militan atau pengganas.

“Kami mengambil maklum bahawa permohonan maaf telah dikeluarka­n oleh RTM dan SOP (prosedur operasi standard) akan dikaji semula bagi memastikan tidak ada lagi kesilapan serupa pada masa akan datang,” menurutnya dalam kenyataan kelmarin.

Kenyataan itu juga menyebut memandangk­an peristiwa yang berlaku di Gaza kini menjadi tumpuan seluruh dunia, gambaran yang tepat mengenai Hamas dalam pelaporan berita RTM ialah ‘pejuang kebebasan.’

“Penentanga­n bersenjata terhadap penceroboh­an asing adalah dibenarkan di bawah undang-undang antarabang­sa.

“Malah terdapat sebilangan besar istilah digunakan dalam propaganda Zionis dan yang serupa dengannya dalam media barat bagi mengaburka­n isu Palestin serta menyembuny­ikan kebenaran jelek yang terpaksa dihadapi penduduk Palestin daripada pengguna media terutama di

AS (Amerika Syarikat) dan Eropah,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kemunafika­n dan sikap dwistandar­d media barat yang terhutang budi kepada Zionis, seperti yang terdapat dalam istilah terbabit, adalah faktor penting dalam penderitaa­n berpanjang­an penduduk Palestin dan kesukaran ke arah mencapai keamanan yang adil di rantau tersebut.

Terdahulu, Saifuddin berkata Editor Meja Mandarin dan Ketua Editor Berita Mandarin telah dipanggil memberikan penjelasan manakala pegawai terlibat juga diberikan Surat Tunjuk Sebab. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia