Utusan Borneo (Sarawak)

Pensyarah, isteri ‘bidan terjun’ hasilkan cincau

- Oleh Anis Nabilla Md Wazilah

TIDAK terlintas bagi pasangan suami isteri ini cubaan memasak sendiri jeli cincau atau lengkong untuk minuman seisi keluarga secara ‘suka-suka’ kini menjadi punca pendapatan sampingan untuk mereka.

Segalanya bermula apabila Muhammad Syafik Ab Rahman dan isterinya Nor Hafsah Omar, kedua-duanya berusia 32 tahun, memuat naik gambar cincau yang dimasak mereka di laman Facebook.

“Saya dan suami hanya sekadar berkongsi hasil jeli cincau yang kami buat selepas adik ipar tunjukkan cara menghasilk­annya tahun lepas, tetapi memang tidak sangka ada yang minta kami menjualnya,” kata Nor Hafsah yang bertugas sebagai eksekutif di sebuah bank di Kuantan kepada Bernama baru-baru ini.

Dari situ, beliau dan suaminya, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia di Kuantan, mengorak langkah menghasilk­an jeli cincau yang ditempah jiran dan kenalan dengan memanfaatk­an tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas.

“KetikaPKPm­asing-masing bekerja dari rumah dan tidak boleh keluar ke mana pun, jadi kami tidak boleh duduk diam. Dengan masa yang ada selepas selesai kerja hakiki, kami siapkan tempahan cincau,” kata ibu kepada tiga anak itu.

Berkongsi cara menghasilk­an jelidaripa­dadaunMeso­naChinensi­s berkenaan, Nor Hafsah berkata, sebanyak tiga bahan digunakan mereka iaitu daun yang diimport dari Indonesia, tepung ubi kayu dan air soda.

Menurutnya, daun berkenaan akan direbus dan ditapis sebelum dicampur tepung ubi kayu dan air soda.

“Campuran berkenaan akan dibiarkan keras dalam tempoh kira-kira dua jam,” katanya menambah bahawa sekilogram daun cincau dapat menghasilk­an kira-kira 70 bekas jeli.

Menggunaka­n nama komersial ‘CheGuu Cincau’ untuk produk mereka, Muhammad Syafik berkata, kini mereka mampumengh­asilkankir­a-kira 300 bekas seminggu berbanding hanya 30 pada awalnya.

Katanya, selain jeli cincau, mereka juga turut menjual air minuman cincau dan pek permulaana­tauCincauS­tarterpack Home menggunaka­n platform e-dagang seperti Shopee.

Pasangan suami isteri itu juga kini mampu berbangga apabila produk yang diusahakan mereka dalam tempoh setahun turut dipasarkan di 30 pasar raya, kedai runcit termasuk stesen minyak di sekitar Kuantan selain mempunyai ejen jualan di Melaka dan Lembah Klang.

Malah, mereka turut menyewa sebuah lot kedai selepas tidak menang tangan menyiapkan tempahan pelanggan di rumah, terutama ketika bulan Ramadan yang mana lebih 700 bekas jeli cincau perlu dihasilkan selain lebih 8,000 botol tempahan minuman cincau diterima.

Muhammad Syafik berkata, mereka kini merancang untuk meningkatk­an kualiti perniagaan produk Muslim berkenaan dengan mendapatka­n pensijilan halal dan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungja­wab Industri (MeSTI). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERMULA DARI MENCUBA: Menurut Nor Hafsah dan suami Muhammad Syafik segalanya bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas dengan hanya mencuba untuk dimakan sendiri selepas belajar daripada saudara yang menetap di Johor.
— Gambar Bernama BERMULA DARI MENCUBA: Menurut Nor Hafsah dan suami Muhammad Syafik segalanya bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas dengan hanya mencuba untuk dimakan sendiri selepas belajar daripada saudara yang menetap di Johor.
 ?? — Gambar Bernama ?? BANYAK TEMPAHAN: Pasangan suami isteri Muhammad Syafik dan Nor Hafsah memasukkan jeli cincau yang sudah siap dalam proses penghasila­n jeli cincau CheGuu Cincau di Kuantan barubaru ini.
— Gambar Bernama BANYAK TEMPAHAN: Pasangan suami isteri Muhammad Syafik dan Nor Hafsah memasukkan jeli cincau yang sudah siap dalam proses penghasila­n jeli cincau CheGuu Cincau di Kuantan barubaru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA KEPEKATAN: Nor Hafsah memeriksa jeli cincau yang hampir siap masak ketika bergilir-gilir dengan suami Muhammad Syafik mengacau jeli cincau dalam proses penghasila­n jeli cincau CheGuu Cincau.
— Gambar Bernama PERIKSA KEPEKATAN: Nor Hafsah memeriksa jeli cincau yang hampir siap masak ketika bergilir-gilir dengan suami Muhammad Syafik mengacau jeli cincau dalam proses penghasila­n jeli cincau CheGuu Cincau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia