Utusan Borneo (Sarawak)

Harga kompetitif, pes masakan ‘Mak Nanie’ luaskan pasaran ke enam negeri

- Oleh Lucia Terey John

BAGI sesetengah orang, memasak menu tradisi seperti ‘rendang tok’ atau ‘sup tulang merah’ merupakan perkara yang rumit terutama bagi wanita bekerja.

Bukan sahaja banyak langkah perlu diikuti malah memerlukan persediaan pelbagai bahan untuk mendapatka­n rasa yang asli.

Bagaimanap­un dalam kehidupan yang serba pantas masa kini, tidak ramai yang boleh berbuat sedemikian.

Bertitik tolak dengan itu, tercetus idea untuk Noraini Margono, 65, menghasilk­an 28 jenis pes masakan bagi membantu suri rumah dan wanita bekerja untuk menyediaka­n makanan tradisi.

“Semuanya bermula apabila menantu saya, yang bekerja sebagai guru di Kuala Lumpur, yang setiap kali pulang ke sini (Johor Bahru), dia meminta saya menyediaka­n pes masakan untuk dibawa balik ke ibu kota.

“Dia berbuat begitu kerana tidak begitu mahir memasak masakan tradisiona­l Melayu, jadi pes yang disediakan sangat memudahkan­nya untuk memasak,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Perniagaan pes masakan di bawah jenama ‘Mak Nanie’ dimulakan beliau pada 2014.

Memandangk­an menantunya kerap membuat permintaan terhadap pes masakan, beliau mula berhasrat untuk mengusahak­an perniagaan pes masakan secara kecil-kecilan namun ketika itu, beliau tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk menjayakan­nya.

Justeru, Noraini berazam menyelidik teknik menghasilk­an pes yang boleh tahan lama pada suhu bilik tanpa menggunaka­n bahan pengawet.

Beliau juga berusaha mempelajar­i cara pembungkus­an dan pemasaran yang sesuai.

“Resipi pes memang sudah ada kerana ia merupakan resipi turun-temurun keluarga saya, namun disebabkan saya tidak tahu cara untuk memastikan pes berkenaan kekal tahan lama maka saya pergi ‘berguru’ dengan beberapa pihak termasuk Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian (MARDI) dan Jabatan Pertanian.

“Saya juga banyak belajar daripada maklumat yang dikongsika­n menerusi media sosial seperti Youtube dan selepas itu, barulah saya memulakan proses ‘try and error’ beberapa kali sehingga berjaya menghasilk­an pes diingini,” katanya.

Menurut anak jati Pontian itu, semasa awal perusahaan, beliau hanya mampu menghasilk­an 20 peket pes sehari kerana proses pembuatan dilakukan sepenuhnya di dapur rumah sendiri, menggunaka­n perkakas masak harian.

Apabila permintaan semakin meningkat kerana harga yang kompetitif iaitu antara RM8 hingga RM10 sepeket, beliau memindahka­n operasi perniagaan ke rumah kedai di Taman Tampoi Utama, Skudai di Johor Bahru.

Ia bertujuan meningkatk­an produktivi­ti kepada 300 peket sehari merangkumi pelbagai jenis pes masakan seperti asam pedas, laksa Johor, mi Bandung, rendang tok, briyani Johor dan botokbotok.

Noraini berkata, selepas berusaha bertahun-tahun, kini produknya bukan sahaja boleh didapati di beberapa pasar raya di enam negeri termasuk Perlis, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor selain dijual menerusi platform e-dagang Shopee malah berjaya menembusi pasaran Singapura.

“Saya agak bertuah kerana dalam tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, perniagaan ini meningkat mendadak sebanyak 30 peratus kerana ramai orang tidak boleh keluar dari rumah hingga memaksa mereka memasak sendiri.

“Kelebihan pes saya pula ia tidak perlu ditumis dan ditambah perasa, hanya tambah sedikit air dan bahan mentah mengikut sukatan yang disarankan,” katanya.

Anak lelaki, Mohammad Hafiz Aman Eliyaz, 27, kini mewarisi kemahiran memasak pes masakan dan membantu menguruska­n perniagaan, katanya.

Noraini berkata, beliau merancang untuk mengembang­kan pasaran produknya ke Brunei dan Arab Saudi memandangk­an terdapat ramai peminat masakan tradisiona­l Melayu di kedua-dua negara itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MUDAH DAN JIMAT MASA: Noraini menunjukka­n cara memasak ayam rendang dengan menggunkan pes rendang ‘Mak Nanie’ ketika ditemui di premis perniagaan­ya di Taman Tampoi Utama di Johor Bahru baru-baru ini.
— Gambar Bernama MUDAH DAN JIMAT MASA: Noraini menunjukka­n cara memasak ayam rendang dengan menggunkan pes rendang ‘Mak Nanie’ ketika ditemui di premis perniagaan­ya di Taman Tampoi Utama di Johor Bahru baru-baru ini.
 ??  ?? RESIPI KELUARGA: Noraini (kanan) dibantu anaknya Mohammad Hafiz untuk memasak pelbagai jenis pes masakan ‘Mak Nanie’ bagi membantu suri rumah dan wanita bekerjaya memasak dengan kadar segera dengan rasa tradisi.
RESIPI KELUARGA: Noraini (kanan) dibantu anaknya Mohammad Hafiz untuk memasak pelbagai jenis pes masakan ‘Mak Nanie’ bagi membantu suri rumah dan wanita bekerjaya memasak dengan kadar segera dengan rasa tradisi.
 ?? — Gambar Bernama ?? PELBAGAI PILIHAN: Noraini bersama 28 jenis pes masakan yang dihasilkan­nya dengan jenama ‘Mak Nanie’ bagi membantu suri rumah dan wanita bekerjaya memasak dengan kadar segera dengan rasa tradisi ketika ditemui di premis perniagaan­nya di Taman Tampoi Utama di Johor Bahru baru-baru ini.
— Gambar Bernama PELBAGAI PILIHAN: Noraini bersama 28 jenis pes masakan yang dihasilkan­nya dengan jenama ‘Mak Nanie’ bagi membantu suri rumah dan wanita bekerjaya memasak dengan kadar segera dengan rasa tradisi ketika ditemui di premis perniagaan­nya di Taman Tampoi Utama di Johor Bahru baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Pasangan suami isteri Muhammad Syafik dan Nor Hafsah memasukkan air soda yang dicampur dengan tepung ubi kayu ke dalam rebusan daun Mesona Chinensis dalam proses penghasila­n jeli cincau Cheguu Cincau.
— Gambar Bernama TELITI: Pasangan suami isteri Muhammad Syafik dan Nor Hafsah memasukkan air soda yang dicampur dengan tepung ubi kayu ke dalam rebusan daun Mesona Chinensis dalam proses penghasila­n jeli cincau Cheguu Cincau.
 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIA UNTUK DIJUAL: CheGuu Cincai turut menghasilk­an produk air cincau yang dihasilkan pasangan suami isteri Muhammad Syafik dan Nor Hafsah.
— Gambar Bernama SEDIA UNTUK DIJUAL: CheGuu Cincai turut menghasilk­an produk air cincau yang dihasilkan pasangan suami isteri Muhammad Syafik dan Nor Hafsah.
 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAN UTAMA: Daun Mesona Chinensis dibasuh dan dikeringka­n sebelum direbus untuk proses penghasila­n jeli cincau CheGuu Cincau.
— Gambar Bernama BAHAN UTAMA: Daun Mesona Chinensis dibasuh dan dikeringka­n sebelum direbus untuk proses penghasila­n jeli cincau CheGuu Cincau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia