Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal dari India tidak wajib kuarantin 14 hari di laut: JLM

-

KUALA LUMPUR: Kesemua kapal yang tiba atau masuk ke kawasan pelabuhan dari India tidak diwajibkan menjalani proses kuarantin 14 hari di laut.

JabatanLau­tMalaysia(JLM) dalam kenyataan semalam memaklumka­n Deklarasi Kesihatan Maritim kapal tersebut akan diperiksa oleh pihak Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan diberikan free-pratique sebelum dibenarkan masuk lalu merapat ke dermaga bagi menjalanka­n operasi.

“Hanya sekiranya kapal disyaki amat berisiko membawa gejala COVID-19, maka kapal akan diperintah­kan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di laut,” kata JLM.

Menurut kenyataan itu, pekerja pelabuhan dan individu darat dibenarkan menaiki kapal tersebut bagi aktiviti kargo dan diwajibkan memakai pelitup muka serta sarung tangan.

JLM menjelaska­n sekiranya mereka memerlukan interaksi dengan anak kapal di atas kapal atau memasuki ruangan kabin, kesemua individu tersebut perlu penambahan pemakaian pelindung muka dan apron pakaian perlindung­an diri (PPE).

Bagaimanap­un, pemakaian PPE penuh oleh kedua-dua pihak adalah berdasarka­n penilaian risiko yang akan ditentukan oleh Lembaga Pelabuhan dengan mengambil kira nasihat JLM dan KKM, katanya.

JLM juga telah menyelaras keseragama­n menjurus kepada aktiviti operasi perkapalan di kawasan pelabuhan susulan kekeliruan terhadap prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 industri maritim.

Kenyataani­tumemaklum­kan segala tatacara dan SOP sentiasa dikemas kini bagi memastikan operasi dan perjalanan sistem pengangkut­an maritim berkaitanp­arapelautm­ahupunindu­stri perkapalan adalah jelas.

Kenyataan tersebut bagi memberi penjelasan mengenai berita portal tempatan yang melaporkan pemain industri kapal keliru mengenai SOP yang ditetapkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia