Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Perlis solat Aidilfitri di tanah lapang, minimumkan risiko COVID-19

-

ARAU: Warga Perlis kali ini mencipta kelainan apabila buat julung kalinya menunaikan solat sunat Aidilfitri di tanah lapang bagi menghayati sunah serta mengurangk­an risiko penularan pandemik COVID-19 berbanding solat yang dilakukan di tempat tertutup.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri itu di Dataran Istiadat, pekarangan Istana Arau bersama kariah Masjid Arau dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l serta anakanda baginda Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan barisan Exco Perlis.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pada musim COVID-19 ini, solat sunat yang bermula pada jam 8 pagi itu dilaksanak­an dengan mengambil kira semua prosedur SOP dan penjarakan fizikal.

“Solat sunat Aidilfitri dibuat di tanah lapang adalah bersesuaia­n sepertiman­a yang disebut Abu Said Al-Khudri dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud bahawa Rasulullah keluar pada Hari (Raya) Aidilfitri dan Aidiladha sembahyang di tempat lapang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas solat sunat Aidilfitri di Dataran Istiadat Perkaranga­n Istana Arau di sini kelmarin.

Sementara itu seorang anggota jemaah masjid, Mohd Luqman Mohd Ehsan, 42, berkata beliau bersyukur kerana kali ini beliau berpeluang melaksanak­an ibadah sunat itu, biarpun dalam jumlah yang terhad.

Seorang lagi jemaah Robithoh Hanum, 64, berkata beliau sangat tersentuh apabila sempat menjalani ibadah sunat itu dan ini merupakan kali pertama dalam sejarah hidupnya mengerjaka­n solat di pekarangan istana.

 ?? — Gambar Bernama ?? TUNAIKAN SOLAT: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Dataran Istiadat, pekarangan Istana Arau dekat Arau, semalam. Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l.
— Gambar Bernama TUNAIKAN SOLAT: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Dataran Istiadat, pekarangan Istana Arau dekat Arau, semalam. Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia