Utusan Borneo (Sarawak)

Manchester United buka laluan buat Liverpool

Dengan kemenangan 4-2, The Reds perlu menang baki perlawanan untuk jamin tempat empat teratas

-

MANCHESTER: Liverpool mengekalka­n peluang layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan dengan kemenangan 4-2 ke atas Manchester United di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Khamis.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu bagaimanap­un masih perlu memenangi baki tiga perlawanan mereka musim ini untuk menjamin tempat dalam empat teratas liga tetapi melepasi halangan terbesar mereka dengan kemenangan pertama di Old Trafford sejak 2014.

Roberto Firmino menjaringk­an dua gol di antara kedua-dua babak permainan selepas Diogo Jota mengikat gol pembukaan United oleh Bruno Fernandes pada awal permainan.

Marcus Rashford merapatkan kedudukan buat United tetapi Mohamed Salah menamatkan segala kebangkita­n United dengan gol keempat pada minit terakhir ketika Liverpool naik ke tangga kelima liga.

Pertemuan di antara dua kelab paling berjaya dalam bola sepak Inggeris itu tertangguh 11 hari dari jadual asal selepas penyokong United menceroboh masuk ke dalam stadium untuk membantah dan menunjuk perasaan terhadap pemilik kelab.

Satu bantahan aman juga berlaku sebelum sepak mula ketika penyokong terus meluahkan kemarahan terhadap pemilik kelab – keluarga Glazer.

United dan Liverpool bergelut sejak beberapa dekad untuk layak ke Liga JuaraJuara menerusi kedudukan di empat tangga teratas liga.

Namun tempat United untuk ke kejohanan Liga Juara-Juara musim hadapan kelihatan sudah terjamin walaupun jika gagal mempertaha­nkan kedudukan di tangga kedua liga.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer melakukan 10 pertukaran ketika tewas 1-2 kepada Leicester pada Selasa untuk mengesahka­n kejuaraan liga milik Manchester City.

Liverpool sekarang perlu menang menewaskan West Brom, Burnley dan Crystal Palace dalam tempoh 10 hari untuk menjamin kelayakan ke Liga Juara-Juara buat musim kelima berturut-turut dan mengharapk­an dua pasukan di hadapannya, Leicester City dan Chelsea gagal mengutip mata maksimum mereka.

Pada perlawanan lain, harapan Everton untuk memburu kelayakan ke bola sepak Eropah musim hadapan semakin sukar apabila seri tanpa jaringan dengan Aston Villa.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu mempunyai peluang tipis untuk melangkah ke Liga Juara-Juara musim hadapan jika menang di Villa Park namun sebaliknya, mereka gagal menembusi penjaga gol Villa, Emiliano Martinez dan hanya mampu naik ke tangga kelapan liga.

Satu mata itu menyebabka­n mereka ketinggala­n lapan mata di belakang pasukan di tangga keempat liga, slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara iaitu Chelsea dengan baki tiga perlawanan.

“Kami mencuba segala-galanya untuk menang. Kami mengharung­i separuh masa kedua yang lebih bagus dan mencuba sedaya upaya kami,” kata Ancelotti. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PENUH GAYA: Firmino (tengah) menanduk masuk bola untuk jaringan kedua pasukannya pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Man Utd dan Liverpool di Old Trafford.
— Gambar AFP PENUH GAYA: Firmino (tengah) menanduk masuk bola untuk jaringan kedua pasukannya pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Man Utd dan Liverpool di Old Trafford.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia