Utusan Borneo (Sarawak)

ESPN peroleh hak penyiaran untuk La Liga Sepanyol

-

NEW YORK: Syarikat penyiaran sukan gergasi Amerika Syarikat (AS), ESPN, memperoleh­i hak penyiaran untuk sukan bola sepak La Liga Sepanyol dengan satu perjanjian rekod bernilai 1.4 bilion dolar untuk lapan musim akan datang bermula dari musim 2021/2022, menurut syarikat itu pada Khamis.

Satu kenyataan dari ESPN berkata semua 380 perlawanan La Liga pada setiap musim akan disiarkan menerusi platform striming ESPN+, dengan perlawanan terpilih di rangkaian tradisi ESPN mereka.

Perjanjian meliputi penyiaran dalam bahasa English dan Sepanyol dan juga termasuk perlawanan divisyen dua.

ESPN sudah membuat penyiaran untuk pertanding­an domestik Sepanyol yang lain termasuk Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol.

Nilai perjanjian penyiaran tidak didedahkan dalam kenyataan ESPN tetapi satu sumber yang rapat dengan perjanjian mengesahka­n kepada AFP bahawa ia bernilai 1.4 bilion dolar atau 175 juta untuk setiap lapan musim.

Perjanjian itu adalah perjanjian televisyen paling lumayan oleh sebuah syarikat penyiaran AS untuk liputan bola sepak luar negara, mengatasi 1 bilion dolar dibayar NBC untuk hak penyiaran Liga Perdana Inggeris.

Perjanjian enam tahun NBC dengan Liga Perdana akan berakhir pada 2022.

“Perjanjian ini akan membawa keterujaan, keghairaha­n, kelab bola sepak hebat dan bintang global La Liga kepada peminat sukan AS dengan akses dan liputan yang tidak pernah dilihat sebelum ini,” kata Burke Magnus, naib presiden eksekutif untuk program dan kandungan asal ESPN.

“Ketika sukan bola sepak terus meningkat dalam pasaran AS, kami berasa sangat teruja untuk bekerja dengan La Liga untuk membentuk perhubunga­n rapat dengan peminat di Amerika menerusi platform striming, rangkaian televisyen dan aset sosial media.”

Presiden La Liga, Javier Tebas, memuji perjanjian sebagai satu perjanjian “bersejarah”.

“Kami sangat gembira untuk membawa La Liga ke ESPN di AS,” kata Tebas.

Perjanjian juga termasuk hak penyiaran untuk Kanada, dengan perlawanan disiarkan menerusi rangkaian TSN dan RDS. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia