Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic, Nadal dan Zverev mara ke suku akhir Terbuka Itali

-

ROM: Pilihan utama kejohanan, Novak Djokovic dan Rafael Nadal, masing-masing melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan Terbuka Itali, bersama-sama dengan seorang lagi bekas juara, Alexander Zverev pada Khamis ketika penonton dibenarkan hadir buat kali pertama di Itali.

Djokovic, juara bertahan kejohanan, memerlukan hanya 70 minit untuk menewaskan Alejandro Davido vich Fokina dari Sepanyol 6-2 dan 6-1 dengan venue di Foro Italico membenarka­n kehadiran pada kapasiti 25 peratus penonton buat kali pertama selepas kelonggara­n protokol kesihatan untuk COVID-19.

“Ia bukan tidak bagus, ia adalah hebat sekali. Saya rindukan penonton,” kata Djokovic.

Nadal, juara sembilan kali kejohanan, terpaksa menyelamat­kan dua mata akhir sebelum menewaskan pemain Kanada, Denis Shapovalov 3-6, 6-4 dan 7-6(7/3) dalam masa hampir 3 jam dan 30 minit.

Nadal akan menentang juara Siri Master Madrid minggu lepas, Zverev, yang juga pilihan keenam kejohanan.

Zverev juga bertarung hampir tiga jam untuk menewaskan pemain dari Jepun, Kei Nishikori 4-6, 6-3 dan 6-4.

Djokovic dan Nadal sudah memenangi 14 dari 16 kejuaraan terakhir di sini.

“Perkara utama hari ini untuk saya ialah mengembali­kan tenaga saya,” kata Nadal, yang tersingkir awal pada dua kejohanan Siri Master di permukaan tanah liat – di Monte Carlo dan Madrid menjelang kejohanan Grand Slam Terbuka Perancis hujung bulan ini.

Djokovic, juara lima kali kejohanan, akan menentang juara Monte Carlo, Stefano Tsitipas, yang menewaskan pemain tuan rumah, Matteo Berrettini 7- 6(7/3) dan 6-2.

“Ia sentiasa menarik untuk kembali ke Rom,” kata Djokovic, yang tidak pernah gagal melepasi peringkat suku akhir dalam 15 penampilan pada kejohanan di permukaan tanah liat ini.

Nadal akan membuat penampilan ke-16 di suku akhir di sini. Ia juga perlawanan suku akhir ke-97 beliau pada kejohanan Siri Master.

Nadal ketinggala­n 0-4 pada set pertama dan 0-3 pada set kedua.

Shapovalov juga mendahului 3-1 pada set ketiga tetapi Nadal bangkit segera dan terus bertahan walaupun mempunyai dua mata akhir yang berjaya diselamatk­an pada set ketiga untuk membawa permainan ke tiebreak.

Pengalaman Nadal ternyata menjadi perbezaan apabila menentang lawan berusia 22 tahun, yang pernah menewaskan­nya buat kali pertama di Montreal pada 2017.

Pada perlawanan lain, pemain tuan rumah, Lorenzo Sonego, mengejutka­n pilihan kelima dari Austria, Dominic Thiem untuk menempah pertemuan menentang Andrey Rublev.

Sonego, pemain ranking ke-33 dunia, menang 6-4, 67(5/7) dan 7-6(7/5) dalam satu perlawanan yang berlarutan lebih tiga jam.

Reilly Opelka dari Amerika, melangkah ke peringkat suku akhir yang kedua pada peringkat Siri Master apabila menewaskan Aslan Karatsev dari Rusia 7-6(8/6) dan 6-4.

Dalam bahagian wanita, pemain nombor satu dunia,

Ashleigh Barty, menempah pertemuan menentang pemain remaja Amerika, Coco Gauff.

Pemain pilihan pertama dari Australia itu menewaskan Veronika Kudermetov­a 63 dan 6-3 dengan Gauff menewaskan juara Terbuka Madrid, Aryna Sabalenka.

Gauff, pemain ranking ke-35 dunia, melangkah ke peringkat suku akhir yang keempat beliau tahun ini apabila mengejutka­n Sabalenka 7-5 dan 6-3.

Pada perlawanan lain, pilihan kelima, Elina Svitolina, menewaskan Garbine Muguruza 6-4 dan 6-2 untuk menentang Iga Swiatek dari Poland. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HEBAT: Aksi Nadal menentang Shapovalov pada perlawanan tersebut.
— Gambar AFP HEBAT: Aksi Nadal menentang Shapovalov pada perlawanan tersebut.
 ?? — Gambar AFP ?? HANDAL: Djokovic ketika beraksi menentang Davidovich pada Kejohanan Terbuka Itali.
— Gambar AFP HANDAL: Djokovic ketika beraksi menentang Davidovich pada Kejohanan Terbuka Itali.
 ??  ?? ZVEREV
ZVEREV

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia