Utusan Borneo (Sarawak)

Real Madrid tundukkan Granada 4-1, Atletico Madrid terus merasai tekanan

-

MADRID: Real Madrid terus memberi tekanan ke atas Atletico Madrid dengan membelasah Granada 4-1 pada Khamis untuk merapatkan kembali jurang kurang dua mata di tangga teratas La Liga Sepanyol dengan baki dua perlawanan sahaja lagi musim ini.

Keputusan seri atau kekalahan buat Real Madrid akan memberikan Atletico peluang memenangi kejuaraan liga jika menewaskan Osasuna Ahad ini tetapi gol dari Luka Modric, Rodrygo, Alvaro Odriozola dan Karim Benzema memastikan kemenangan Real di Los Carmenes.

Atletico mungkin masih dimahkotak­an juara liga hujung minggu ini jika mereka menewaskan Osasuna dan Real gagal menang di Athletic Bilbao tetapi saingan liga musim ini penuh dengan kejutan dan tiada apa yang dapat diramalkan.

“Kami masih bersaing,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane. “Ada baki dua perlawanan lagi, kami harus mendapatka­n keputusan dan hari ini kami mengutip tiga mata penuh.”

“Kami hanya dapat terus memberikan tekanan ke atas Atletico dan berharap mereka gagal menang dua baki perlawanan mereka,” tambah penjaga gol Real, Thibaut Courtois. “Kami hampir dan sekarang tiada sebarang ruang untuk kesilapan.”

Malah pasukan di tangga ketiga, Barcelona, masih bersaing walaupun jika keputusan seri 3-3 di Levante pada Selasa lepas menjejaska­n peluang mereka.

Cabaran Real Madrid lebih besar dalam beberapa minggu kerana skuad mereka semakin terkesan dengan kecederaan pemain dan juga ketiadaan beberapa pemain tetapi skuad muda mereka mempamerka­n aksi memberangs­angkan untuk menewaskan pasukan Granada yang menewaskan Barcelona pada awal bulan.

Zidane menurunkan skuad dengan tiga pemain berusia 20 tahun dan 10 tahun dalam apa yang merupakan risiko terbesar dengan melihat kepentinga­n perlawanan di akhir musim ini dan pemain muda beliau membalas kepercayaa­n dengan baik.

Miguel Gutierrez, 19, bermula di pertahanan kanan dan mengumpan bola kepada Modric untuk gol pembukaan sementara Marvin Park, 20, bermain di pertahanan kiri dan terlibat dengan gol kedua dijaringka­n Rodrygo, 20.

Zidane begitu setia dengan pemain veteran kelab musim ini tetapi terpaksa membuat rombakan berikutan krisis kecederaan dalam kelabnya dan ia masih dilihat jika beliau akan terus memberikan kepercayaa­n kepada masa depan pemain seperti Miguel dan Marvin.

“Mereka bermain dengan baik dari awal,” kata Zidane. “Mereka mahu bermain, mereka mahu menunjukka­n kualiti mereka dan itulah apa yang mereka lakukan.”

Pemain veteran Zidane juga menyerlah dengan Modric, 35, menjaringk­an gol selepas satu lagi aksi memberangs­angkan yang juga perlawanan ke-55 beliau musim ini.

Benzema menjaringk­an gol ke-29 beliau musim ini dan gol liga ke-22, yang menyebabka­n beliau kurang dua gol dari rekodnya sendiri.

Real bermula garang dan membuka jaringan pada minit ke-17 apabila Miguel melepasi kawalan di sayap kiri sebelum mengumpan bola kepada Modrid.

Rodrygo menambah jaringan sebelum rehat selepas menerima umpanan cantik Marvin.

Real hilang rentak selepas rehat dengan Granada melancarka­n kebangkita­n mini apabila Jorge Molina merapatkan kedudukan tetapi harapan Granada untuk meneruskan kebangkita­n berakhir apabila Real menjaringk­an gol ketiga empat minit kemudian dari rembatan Odriozola.

Tiga puluh saat selepas permainan disambung, Granada bolos gol keempat dari jaringan Benzema. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PERTEMUAN MENARIK: Antara babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Granada dan Real Madrid yang berlangsun­g di Stadium Nuevo Los Carmenes di Granada.
— Gambar AFP PERTEMUAN MENARIK: Antara babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Granada dan Real Madrid yang berlangsun­g di Stadium Nuevo Los Carmenes di Granada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia