Utusan Borneo (Sarawak)

KJFC dalam Kumpulan B Liga M3

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Kinabalu Jaguar FC (KJFC) diundi dalam Kumpulan B saingan Liga M3 bagi musim 2021 yang dijadualka­n bermula Jun ini.

Saingan divisyen ketiga Liga Malaysia itu melibatkan 20 pasukan yang dibahagika­n kepada dua kumpulan.

Bersama wakil tunggal Sabah itu dalam Kumpulan B ialah pasukan FC Langkawi, Kuala Kangsar FC, Harini KS FC, Langkawi City FC, Imigresen FC, Real Chukai FC, Malaysian University Football Team, Mahsa-Protap FC dan KSR Sains FC.

Kumpulan A pula terdiri daripada pasukan MNY FC, Kijang Rangers FC, Cyberlynx FC, Perlis United FC,

BRM FC, PIB FC, Kuala Lumpur Rovers FC, Armed Forces FC dan Ultimate FC.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KJFC, Adzhar Mohamad berkata, saingan peringkat kumpulan dijalankan secara liga timbal balik bagi menentukan empat pasukan teratas layak ke pusingan suku akhir.

Saingan peringkat suku akhir dan separuh akhir dijalankan secara kalah mati menerusi perlawanan timbal balik.

Saingan peringkat kumpulan dijadualka­n bermula 4 Jun dan berlangsun­g sehingga 3 Oktober, suku akhir dan separuh akhir pada 8-31 Oktober manakala final pada 13 November 2021.

Kejohanan itu dikendalik­an Liga Bolasepak Amatur (AFL) yang dipengerus­ikan Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Liga M3 adalah sebahagian daripada struktur bola sepak Malaysia di mana pasukan di peringkat ini dapat mempelajar­i proses yang diguna pakai di peringkat profesiona­l.

Di Malaysia, Liga Super ialah saingan liga profesiona­l tertinggi diikuti Liga Premier.

Bagaimanap­un, dikatakan bahawa AFL masih perlu mengadakan perbincang­an lanjut dengan pengendali Liga Super dan Liga Premier iaitu Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sama ada akan ada pasukan dari Liga M3 akan dinaikkan ke Liga Premier 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia