Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan Bonnie hadiah kedua negara

-

KUCHING: Kejayaan atlet paralimpik Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin, 22, merangkul pingat emas Kejohanan Angkat Berat Para Dunia 2021 di Bangkok, Thailand merupakan hadiah kedua buat arena sukan negara selepas kejayaan ratu renang Malaysia, Pandelela Rinong merangkul kejuaraan terjun Piala Dunia FINA di Jepun pada 5 Mei lalu.

Kejayaan atlet berasal dari Kampung Taee, Serian itu merupakan ulangan kejayaan yang pernah diperolehi­nya dua tahun lalu pada kejohanan sama berlangsun­g di NurSultan, Kazakhstan.

Bonnie berjaya meraih emas dengan angkatan seberat 226 kilogram dalam kategori lelaki 72 kilogram ke atas.

Menerusi kategori itu, beliau turut memperbaik­i rekod terbaik peribadiny­a iaitu 207 kilogram dibuat pada Kejohanan Angkat Berat Para 2019 di Kazakhstan.

Pada kejohanan tersebut, tiga atlet lain berasal dari Sarawak turut menghadiah­kan pingat dalam kategori masing-masing.

Bibiana Ahmad, 33, turut merangkul emas sekali gus memperbaik­i catatan peribadi daripada 70kg kepada 80kg dalam kategori wanita 67 kilogram ke atas. Beliau merupakan satu-satunya atlet mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Sementara itu, atlet paralimpik lelaki kategori 88kg ke atas, Nicodemus Manggoi Moses, 29, turut merangkul emas dengan angkatan seberat 190kg.

Manakala Sona Agan, 31, atlet angkat berat wanita bawah 73kg memecahkan rekod peribadiny­a dengan mengangkat berat sebanyak 90kg tetapi hanya sekadar berpuas hati dengan gangsa.

Malaysia berada di tangga ketiga kejuaraan tersebut secara keseluruha­nnya selepas juara dimenangi Iran dengan lima emas dan satu perak) dan naib juara Thailand dengan tiga emas, empat perak dan empat gangsa.

Bonnie dan barisan atlet lain seramai lapan orang dilatih oleh jurulatih, Jamil Adam juga bersedia mewakili negara ke Sukan Para ASEAN Vietnam pada Disember depan, Sukan Para Asia di China pada Oktober 2022 dan Sukan Komanwel (England pada Julai dan Ogos 2022).

Pasukan atlet paralimpik Sarawak mendapat sokongan kuat daripada Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak (KKWPK).

 ??  ?? TAHNIAH: Menteri KKWPK, Dato Sri Fatimah Abdullah (kanan) bersama Bibiana di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) sebelum berlepas ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Bangkok.
TAHNIAH: Menteri KKWPK, Dato Sri Fatimah Abdullah (kanan) bersama Bibiana di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) sebelum berlepas ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Bangkok.
 ??  ?? TERBAIK: Bonnie mengharumk­an nama Malaysia dan Sarawak dengan kejayaan merangkul emas Kejohanan Angkat Berat Para Dunia 2021 di Bangkok, Thailand.
TERBAIK: Bonnie mengharumk­an nama Malaysia dan Sarawak dengan kejayaan merangkul emas Kejohanan Angkat Berat Para Dunia 2021 di Bangkok, Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia