Utusan Borneo (Sarawak)

PERSIAP PUSAT KUARANTIN DI MIRI DENGAN LEBIH BANYAK KATIL

Ia keperluan segera bagi memenuhi jangkaan peningkata­n pesakit COVID-19 termasuk dari luar bandar Miri, kata Lee

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Pusat Rawatan dan Kuarantin serta Hospital Miri perlu dipersiapk­an dengan lebih banyak katil baharu untuk memenuhi jangkaan peningkata­n pesakit COVID-19.

Menteri Bertanggun­gjawab Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin berkata sehingga kini enam pusat kuarantin dan hospital memiliki 1,152 buah katil.

Daripada jumlah itu katanya, sebanyak 1,100 katil telah digunakan.

“Melihat kepada peningkata­n kes positif COVID 19, terdapat keperluan segera untuk menambah jumlah katil untuk kita menampung jumlah pesakit,” ujarnya dalam kenyataan, semalam.

Keperluan katil tambahan juga melihat kepada peningkata­n kes positif dari kawasan luar

Melihat kepada peningkata­n kes positif COVID 19, terdapat keperluan segera untuk menambah jumlah katil untuk kita menampung jumlah pesakit.

Datuk Lee Kim Shin

bandar, kampung dan rumah panjang di bahagian ini termasuk Beluru, Subis, Telang Usan dan Marudi, katanya.

Menurutnya, barangan keperluan pesakit di pusat kuarantin di sini telah ditambah hasil sumbangan pihak prihatin terhadap situasi pandemik COVID-19 yang masih belum terkawal.

Mereka tampil menyumbang katil, tilam, bantal, khemah kubikel serta selimut.

Kelmarin, pusat kuarantin Eastwood Valley Gold and Country Club menerima tambahan 85 katil lipat termasuk tilam dan bantal sumbangan Taiwan Buddhist Tzu Chi Foundation (TBTCF).

Pusat turut menambah bilangan bilik untuk menampung tambahan 24 katil baharu.

Jumlah itu menjadikan 109 buah katil baharu telah diterima di Eastwood.

Menteri Bertanggun­gjawab JPBB Miri

Pertambaha­n itu membolehka­n Eastwood menempatka­n seramai 472 pesakit.

Pada awal tahun lalu, TBTCF turut menderma sebanyak 30 katil lipat, tilam dan batal untuk pusat kuarantin Kampung Sukan.

Selain itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kelmarin menderma 15 khemah kubikel yang telah diletakkan di salah sebuah dewan di Eastwood.

Dua katil berserta tilam, bantal dan selimut diletakkan di dalam setiap khemah.

“Terdapat sebanyak 75 khemah disediakan yang boleh memberi privasi kepada pesakit yang menerima rawatan di premis ini,” jelas Lee.

Dengan tambahan 109 katil, pusat kuarantin di sini boleh menampung seramai 1,261 pesakit berbanding 1152 orang sebelum ini.

Hadir sama Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong, Doktor di Pusat Kuarantin, Dr Grace Lee, sukarelawa­n TBTCF Miri, Ketua Pegawai Eksekutif Eastwood Kaunselor Kueh Chie Tiong dan Pengurus Eksekutif Eastwood Alex Chung.

 ??  ??
 ??  ?? BERMURAH HATI: Lee (dua kanan), Dr Jack (tengah) menunjukka­n tanda baik sumbangan katil lipat daripada TBTCF.
BERMURAH HATI: Lee (dua kanan), Dr Jack (tengah) menunjukka­n tanda baik sumbangan katil lipat daripada TBTCF.
 ??  ?? PRIVASI: Dr Jack menunjukka­n khemah kubikel disediakan untuk rawatan pesakit di Eastwood.
PRIVASI: Dr Jack menunjukka­n khemah kubikel disediakan untuk rawatan pesakit di Eastwood.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia