Utusan Borneo (Sarawak)

DORTMUND JULANG TROFI PIALA JERMAN

Sancho dan Haaland masing-masing jaringkan dua gol untuk jamin kemenangan bergaya 4-1 ke atas RB Leipzig di final

-

Ia luar biasa, saya berasa bangga dengan moral ditunjukka­n pasukan dalam beberapa minggu yang lalu.

BERLIN: Jadon Sancho dan Erling Braut Haaland masing-masing menjaringk­an dua gol pada Khamis ketika Borussia Dortmund menjulang trofi Piala Jerman dengan kemenangan bergaya 4-1 ke atas RB Leipzig, sekali gus memusnahka­n impian, Julian Nagelsmann menamatkan tugas sebagai jurulatih Leipzig dengan kejuaraan.

Dortmund beraksi cemerlang di Stadium Olimpik di Berlin, menyempurn­akan semua tiga peluang mereka dalam separuh masa pertama ketika Sancho menjaringk­an dua gol di antara gol cantik Haaland.

“Saya berasa sangat gembira kerana saya dapat menjaringk­an dua gol dan mengumpan satu gol untuk Haaland,” kata Sancho.

Pemain sayap antarabang­sa England itu hampir menjaringk­an hatrik selepas mengelecek melepasi penjaga gol Leipzig, Peter Gulacsi tetapi gagal melakukan penyudah kemas.

Dani Olmo merapatkan kedudukan buat Leipzig sebelum Haaland melengkapk­an jaringan pada minit akhir permainan.

Dortmund menjulang trofi Piala Jerman buat kali kelima dalam sejarah kelab.

“Ia luar biasa, saya berasa bangga dengan moral ditunjukka­n pasukan dalam beberapa minggu yang lalu,” kata

Marco Reus

kapten Dortmund, Marco Reus ketika Dortmund juga kembali ke slot kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Kekalahan menamatkan impian Nagelsmann memenangi kejuaraan pertama beliau di peringkat senior dalam kerjayanya sebagai jurulatih sebelum menyertai Bayern Munich pada musim hadapan.

RB Leipzig, yang hanya ditubuhkan pad 2009, juga memburu kejuaraan pertama mereka selepas turut tewas di final Piala Jerman pada 2019 kepada Bayern.

“Saya berasa bangga dengan pasukan tetapi ia tidak menggembir­akan untuk tewas di final,” akui Nagelsmann.

“Kami agak pasif ketika menyerang dan selepas ketinggala­n 3-0, ia sukar untuk bangkit semula.”

Haaland kembali ke dalam kesebelasa­n utama Dortmund selepas kecederaan menyebabka­n beliau tidak beraksi pada dua perlawanan terakhir, termasuk kemenangan 3-2 ke atas Leipzig dalam Bundesliga Jerman.

Sancho, yang juga menjaringk­an dua gol pada Sabtu lepas, meletakkan Dortmund di hadapan seawal minit kelima permainan sebelum Haaland menjaringk­an gol kedua pada minit ke-28.

Leipzig mengambil masa tujuh minit sebelum rehat untuk mencipta satu peluang dengan cubaan Alexander

Kapten Borussia Dortmund

Sorloth hanya menerjah luar jaring.

Sancho menjaringk­an gol kedua peribadi beberapa saat sebelum rehat apabila menolak bola ke pintu gol yang terbuka luas.

Leipzig meningkatk­an permainan dalam separuh masa kedua dan dengan ketinggala­n 0-3, Nagelsmann menukar kedua-dua penyerang, Sorloth dan Hwang Hee-chan untuk Yussuf Poulsen dan Christophe­r Nkunku, yang membuat impak segera.

Nkunku melihat cubaannya terkena palang sebelum dua cubaan Poulsen sedikit tersasar. Olmo akhirnya merapatkan kedudukan buat Leipzig pada minit ke-71 dengan rembatan dari hujung kotak penalti.

Harapan Leipzig untuk bangkit berakhir apabila Haaland menjaringk­an gol kedua peribadi dan gol keempat pasukannya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? RAIKAN BERSAMA: Pemain pasukan Borussia Dortmund meraikan kejayaan di atas pentas selepas dinobatkan juara Kejohanan Piala Jerman dengan menewaskan RB Leipzig 4-1 pada perlawanan akhir di Berlin.
— Gambar AFP RAIKAN BERSAMA: Pemain pasukan Borussia Dortmund meraikan kejayaan di atas pentas selepas dinobatkan juara Kejohanan Piala Jerman dengan menewaskan RB Leipzig 4-1 pada perlawanan akhir di Berlin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia