Utusan Borneo (Sarawak)

Taska, tadika dibenar operasi mulai 17 Mei

Keputusan dibuat selepas merujuk kepada JPBNS, operasi ikut SOP bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga

-

“Dalam

tempoh sukar mendepani cabaran pandemik COVID-19, keputusan ini akan memberi nafas lega kepada ibu bapa yang perlu bekerja selain memastikan anak-anak tidak tercicir daripada mengikuti sesi pembelajar­an di taska dan tadika. ”

Dato Sri Fatimah Abdullah

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

KUCHING: Semua taska dan tadika di Sarawak dibenarkan beroperasi mulai 17 Mei ini dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sebelum, semasa dan selepas anak-anak hadir ke taska dan tadika.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak (KKWPK) Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, keputusan itu dibuat setelah merujuk kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Setakat 11 Mei, pihak Kementeria­n telah menerima 102 permohonan daripada tadika swasta untuk beroperasi melibatkan 286 anakanak yang ibu bapa mereka merupakan petugas barisan hadapan dan 1,022 orang lagi merupakan anak-anak yang ibu bapa mereka berkhidmat dalam sektor perkhidmat­an perlu,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut menegaskan, kenyataan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini juga ada diumumkan bahawa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa dari 12 Mei sehingga 6 Jun, pusat asuhan kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga.

Kebenaran untuk beroperasi tersebut juga melibatkan 96 institusi pendidikan awal kanak-kanak (IPAKK) SEDIDIK dengan 251 anakanak yang ibu bapa mereka merupakan petugas barisan hadapan dengan 701 orang lagi anak-anak yang ibu bapa mereka bekerja dalam sektor perkhidmat­an perlu.

Manakala, sebanyak 1,087 IPAKK KEMAS dengan 1,474 anak-anak petugas barisan hadapan dan 2,228 anak-anak pekerja sektor perkhidmat­an perlu.

IPAKK Perpaduan pula sebanyak 176, dengan 155 anak-anak petugas barisan hadapan dan 1,141 orang anak-anak pekerja sektor perkhidmat­an perlu.

“Dalam tempoh sukar mendepani cabaran pandemik COVID-19, keputusan ini akan memberi nafas lega kepada ibu bapa yang perlu bekerja selain memastikan anak-anak tidak tercicir daripada mengikuti sesi pembelajar­an di taska dan tadika,” katanya sambil menambah, setakat ini terdapat 234 taska dan 2,795 tadika berdaftar di Sarawak

Fatimah bagaimanap­un menegaskan bagi tujuan

rekod dan pemantauan, semua pengusaha IPAKK perlu memaklumka­n kepada pihak kementeria­n melalui Bahagian Pembanguna­n

Awal Kanak-Kanak tentang pengoperas­ian IPAKK masing-masing melalui pautan http://bit. ly/maklumatip­akk.

 ??  ??
 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia