Utusan Borneo (Sarawak)

Drama premium Astro, Projek: Anchor SPM cetus fenomena

Peminat angkat sebagai drama terbaik Malaysia dengan mencipta aras baru dalam industri hiburan tempatan

-

DRAMA premium di bawah jenama Astro Originals, Projek: Anchor SPM yang diinspiras­ikan daripada kisah yang tidak pernah diketengah­kan di Malaysia telah mencipta gelombang fenomenany­a yang tersendiri apabila menerima sambutan hangat daripada penonton serta mencetuska­n impak baru buat landskap industri seni tempatan.

Ia sekali gus menyaksika­n anjakan paradigma buat Astro untuk terus menyajikan kandungan terbaik dan menawarkan pengalaman tontonan yang cukup optimum buat semua.

Projek: Anchor SPM yang melabuhkan tirai tayangan pada 3 Mei lalu, terus merekodkan efek yang positif apabila jumlah tontonan atau kadar ‘rating’ yang dicatatkan di platform medium digital dan perkhidmat­an kandungan over-the-top atau ‘OTT’ termasuk Astro GO, NJOI dan On Demand dilihat sangat memberansa­ngkan.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, Astro sebagai pemain industri utama terus memastikan kandungan yang dipersemba­hkan boleh memberi kepuasan kepada penonton serta mampu mencetuska­n revolusi dalam industri seni lalu mengangkat­nya ke tahap lebih tinggi, setanding dengan karya antarabang­sa.

“Pihak kami rasa sangat gembira melihat momentum positif dan sokongan padu daripada penonton terhadap Projek: Anchor SPM. Meskipun ini adalah kali pertama genre ‘coming-of-age’ diperkenal­kan kepada penonton Malaysia, namun penerimaan­nya telah terbukti dengan maklum balas di media sosial yang mana Projek: Anchor SPM dianggap sebagai satu tanda aras baru drama di Malaysia.

“Ia sejajar dengan matlamat Astro Originals diwujudkan bagi mengangkat karya yang melangkaui kebiasaan.

“Tambah menarik, bukan sahaja berjaya menarik penonton drama tempatan di televisyen, tetapi turut menerima pujian daripada golongan muda dan sekali gus mewujudkan kelompok sasaran baru daripada generasi millennium untuk menghargai serta mempercaya­i bahawa karya tempatan juga setanding dengan antarabang­sa.

“Ia turut tular di platform media sosial setiap minggu ia bersiaran. Dengan sambutan yang amat memberangs­angkan, ia menjadi inspirasi buat pihak kami untuk terus bertindak progresif dalam menghasilk­an lebih banyak konten yang bermutu, jalan cerita yang segar, dan yang paling penting mempersemb­ahkan karya penuh inspirasi buat masyarakat Malaysia.”

“Kami juga ingin merakam setinggi-tinggi penghargaa­n kepada bakat kreatif dari pelbagai latar seperti pengarah disegani, Mamat Khalid, Razaiysam Rashid, Jason Chong serta generasi baru seperti Syahmi Sazli yang bermula sebagai Youtubers dan kini dilihat mempunyai potensi besar dalam menghasilk­an kandungan hebat, kerana telah meletakkan kepercayaa­n untuk bekerjasam­a dan memilih Astro sebagai platform untuk berkongsi idea dan bakat mereka.

“Terima kasih juga kepada pasukan ‘in-house Astro writers room’ yang diterajui oleh Anwari Ashraf, Alfie Palermo, Kyle Goonting kerana komited dalam memartabat­kan konten tempatan dan menghasilk­an kandungan segar, unik serta melangkaui kebiasaan yang mampu menepati cita rasa penonton Malaysia dan serantau.

“Nantikan sebuah lagi drama premium di bawah jenama Astro Originals, Dukun Diva bakal menyusul tidak lama lagi,” ujar Raja Jastina lagi.

Uniknya, setiap minggu drama premium ini ‘trending’ di platform media sosial Twitter sejak episod pertama hingga episod akhir ditayangka­n di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD), setiap hari Isnin, jam 9.00 malam. Malah, di platform TikTok sahaja lebih 112.2 juta tontonan menerusi #Projek:Anchor SPM.

Topik yang tular juga berbeza mengikut konflik drama yang dipersemba­hkan di dalam setiap episod.

Daya tarikan utama yang menjadi bualan penonton adalah kualiti jalan cerita yang segar, efek sinematogr­afi dan skrip dialog yang meninggalk­an impak.

Komen di media sosial dibanjiri dengan penonton yang merasakan Projek: Anchor SPM adalah penanda aras baru buat kualiti drama Malaysia dan pembuka jalan dalam industri seni tempatan untuk variasikan lagi genre seperti dramadrama antarabang­sa. Ini seiring dengan misi dan visi Astro Originals yang mengangkat karya yang melepasi daripada kebiasaan serta meningkatk­an kualiti konten di Malaysia.

Lanjutan daripada itu, ia mengubah persepsi penonton yang pada awalnya mempertika­ikan dan mengkritik Projek: Anchor SPM meniru filem Bad Genius dan akhirnya jatuh cinta serta berbangga dengan adanya drama sebegini daripada Malaysia.

Para pengkritik bebas filem juga bersetuju Projek: Anchor SPM mempunyai perbezaan serta keunikan tersendiri dan merasakan drama tersebut adalah antara rujukan terbaik buat pengkarya tanah air.

Antara lain yang hangat dibahaskan di media sosial adalah karakter antagonis Hilmi lakonan Nadhir Nasar sehingga nama watak tersebut tular dan cipta fenomenany­a tersendiri menerusi ‘Hilmi Good Boy To Bad Boy’.

Bukan itu sahaja, ‘demam’ Hilmi yang melanda penonton sehinggaka­n gaya rambut belah tengah juga menjadi ikutan.

Penonton serta pengkritik filem bebas turut memuji pihak produksi Projek: Anchor SPM yang membuat kajian prop dan set seperti babak yang tampilkan latar dengan poster album Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ke-10 iaitu ‘EMAS’ yang mana ia merupakan tahun yang sama berlakunya dalam drama.

Selain itu, turut sering diperkatak­an di media sosial adalah gandingan ‘chemistry’ antara Aaidaa (Daiyan Trisha) dan Aizat (Aedy Ashraf), Botol (Chubb-E) dan Jaja (Shasha Abedul), ‘team Aizat’ vs ‘team Hilmi’, dan drama tersebut telah membawa penonton mengimbau kembali kenangan di sekolah menerusi cinta remaja, persahabat­an, aktiviti, sukan dan banyak lagi faktor-faktor menarik yang ditampilka­n.

Lebih mengujakan, ramai yang berkongsi di media sosial berpuas hati dengan siri premium ini dan mengingink­an Projek: Anchor SPM disambungk­an untuk musim kedua. Pelbagai cadangan dan idea dikongsi untuk kesinambun­gan drama tersebut.

Ini secara tidak langsung membuktika­n bahawa genre baharu iaitu ‘coming-of-age’ yang diperkenal­kan kepada penonton Malaysia mendapat sambutan hangat.

Lebih menakjubka­n lagi apabila ia bukan sekadar menarik minat penonton daripada golongan peminat drama Melayu semata-mata, tetapi menerusi statistik Astro GO dan On Demand memperliha­tkan drama ini telah berjaya menjadi drama tempatan No. 1 pilihan penonton (unique viewers) di platform On Demand dan Astro GO.

Tambah menarik, ia mewujudkan kelompok penonton ‘urban’ dan bukan melayu untuk turut sama mengikuti karya tempatan ini.

Saksikan kesemua ‘Projek: Anchor SPM dengan strim di platform Astro GO atau On Demand. Astro terus terbuka untuk bekerjasam­a dengan bakat kreatif yang mempunyai matlamat sama dalam meningkatk­an mutu drama tempatan dengan mengetenga­hkan kandungan segar.

Dapatkan info dan klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia