Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 533 KES, SATU KEMATIAN DI SARAWAK SEMALAM

-

KUCHING: Sebanyak 533 kes baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak semalam dengan 324 daripadany­a dikesan di Daerah Miri, Kapit, Sibu, Bintulu dan Kuching.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, Miri merekodkan kes harian tertinggi iaitu 109, diikuti Kapit (69), Sibu (58), Bintulu (46), Kuching (42), Belaga (40), Sarikei (28), Selangau (26), Meradong (21), Pakan (18), Kanowit (15) dan Serian (13).

Manakala lain-lain kes dikesan di Sebauh (11), Song (7), Sri Aman (7), Tatau (6), Mukah (5), Lubok Antu (4), Bau (2), Pusa (2), Bukit Mabong (1), Subis (1), Julau (1) dan Samarahan (1) menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 37,654 kes.

Daripada 533 kes baharu yang dilaporkan, seramai 38 orang telah menunjukka­n tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 439 orang terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin.

“Secara ringkas, kes-kes ini terdiri daripada 380 kes yang merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID19 dan 59 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada.

“Manakala, 56 kes merupakan lainlain saringan di fasiliti kesihatan dan 38 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan,” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n terdapat satu kematian baharu melibatkan jangkitan COVID19 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 215 orang.

“Kes kematian ke-215 adalah kes ke-32,307 melibatkan seorang perempuan tempatan, 60, yang telah menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi menjalani rawatan akibat komplikasi perebakan kanser.

“Swab pada 3 Mei 2021 bagi ujian rT-PCR adalah positif COVID-19. Kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 13 Mei 2021,” katanya menambah, kes juga mempunyai ko morbid lain iaitu penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Semalam juga terdapat 497 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat ini adalah seramai 30,885 orang.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 6,474 orang.

Manakala seramai 534 orang disyaki (PUI) baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia