Utusan Borneo (Sarawak)

AIDILFITRI BERTUKAR DUKA, TIGA RUMAH DI KAMPUNG BABU, DEBAK TERBAKAR

-

DEBAK: Kegembiraa­n ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri bertukar duka apabila tiga rumah di Kampung Babu di sini musnah dalam kebakaran sekitar jam 11.12 malam kelmarin.

Dalam kebakaran itu, seorang penghuni Mohd Rafizat Amir, 27, dilaporkan cedera ketika cuba memadamkan kebakaran dan dibawa oleh orang awam ke klinik untuk mendapatka­n rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong PPgB Vincent Baling Yabi berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan tentang kebakaran terbabit.

"Lokasi terletak kira-kira 39 kilometer dari BBP Betong dan ketika anggota bomba sampai, sebuah rumah dua tingkat separuh kekal telah musnah terbakar.

"Turut terlibat ialah rumah jiran bersebelah­an iaitu rumah dua tingkat separuh kekal dan sebuah rumah jenis sementara.

"Anggota bomba terus menjalanka­n operasi pemadaman dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Debak dan penduduk kampung," katanya.

Vincent berkata, anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak kira-kira setengah jam kemudian dan api dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 1.40 pagi.

"Anggota bomba menggunaka­n air dari pili bomba ke pam jentera satu aliran 700 kaki dua nozel dalam operasi memadam kebakaran ini," jelasnya.

Agensi lain yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sarawak Energy.

Menurutnya lagi, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Kebakaran itu meranapkan rumah pertama milik Yak@Sebeli Kudang, 66, dengan lapan penghuni.

Rumah kedua milik Dayang Eion Abang Matahar dengan lima penghuni, manakala rumah ketiga milik Ismail@Jantum Serai, 67, dengan empat penghuni.

 ??  ?? MARAK: Suasana di Kampung Babu, Debak ketika kebakaran tiga rumah malam kelmarin.
MARAK: Suasana di Kampung Babu, Debak ketika kebakaran tiga rumah malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia