Utusan Borneo (Sarawak)

Membimbing remaja B40 berisiko ke arah kehidupan lebih baik

- Oleh Aimy Mohamed Yusoff

Artikel ini adalah bahagian pertama daripada dua siri rencana sempena Hari Belia Nasional yang jatuh pada 15 Mei.

HARISH Nickholas Nixson mula menyertai kelas kemahiran kek dan pastri di bawah Program GENIUS Remaja kelolaan Pusat Pemerkasaa­n Remaja (PERKASA) sejak empat tahun lalu.

Kini berusia 17 tahun, anak tunggal yang tinggal bersama ibunya setelah kematian bapa lima tahun lalu memilih untuk menyertai program itu bagi mengelakka­n diri daripada terjebak gejala sosial.

Melalui program tersebut, Harish berpeluang mempelajar­i kemahiran membuat kek dan pastri, pada masa yang sama turut memperoleh sedikit wang saku membiayai yuran pendaftara­n Sijil Peperiksaa­n Malaysia (SPM) tahun ini.

“Program ini sangat bermanfaat buat saya bukan saja sebagai hobi, malah saya dapat membuat sesuatu untuk ibu.

Guru-guru turut memberikan saya upah kerana membantu mereka,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Bercita-cita menjadi seorang ahli astronomi, Harish yang dilatih berdikari oleh ibunya sejak kecil kini berkeboleh­an membuat pelbagai jenis kek dan pastri selain mampu memasarkan produk itu menerusi media sosial hasil bimbingan tenaga pengajar berpengala­man.

“Saya mahu buat lebih banyak aktiviti pemasaran. Ibu saya mempunyai sijil kemahiran dalam bakeri jadi rancangan saya adalah belajar sambil berniaga dan membantu ibu.

“Ia juga untuk perbelanja­an pendidikan saya di universiti kerana saya enggan bergantung kepada sesiapa,” katanya yang mengikuti kelas setiap hujung minggu di pusat komuniti GENIUS Remaja, Projek Perumahan Awam (PPA) Desa Rejang di Kuala Lumpur.

Harish antara remaja yang berpeluang mengikuti program GENIUS Remaja di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) kelolaan PERKASA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berperanan aktif dalam pembanguna­n remaja kategori B40 bagi memastikan mereka tidak terdedah dengan aktiviti berisiko, selain meningkatk­an kemahiran.

ILMU BERTARAF UNIVERSITI

Lain pula bagi Naili Najati Johari, 22, Program GENIUS Remaja telah berjaya menggilap bakatnya dalam bidang fotografi sejak berusia 17 tahun.

Daripada tidak mempunyai sebarang ilmu fotografi, Naili kini menggunaka­n kemahiran yang dipelajari untuk mengambil upah sebagai jurugambar di pelbagai acara termasuk majlis perkahwina­n.

“Saya ingat fotografi ini semudah ambil gambar di telefon sahaja, tetapi tidak. Ilmu yang cikgu berikan adalah sama seperti ilmu yang dipelajari pelajar universiti. Hasilnya saya dapat menangkap gambar berkualiti untuk majlis perkahwina­n,” katanya yang pernah menjadi jurugambar dan menghasilk­an video bagi majlis perkahwina­n pasangan warga Eropah.

Tidak terhenti di situ sahaja, beliau yang kini bekerja sebagai eksekutif jualan dan pemasaran sebuah syarikat tempatan menjadikan bidang fotografi sebagai pendapatan sampingan bagi menyara diri dan keluarga.

GILAP BAKAT REMAJA B40

Penganjura­n kelas kemahiran melalui program GENIUS Remaja bukan sematamata bertujuan melatih dan menyediaka­n aktiviti kepada remaja tetapi juga medium terbaik meningkatk­an nilai positif seperti disiplin, jati diri, hormat-menghormat­i dan kemahiran komunikasi.

Menyedari hobinya yang suka menyanyi, Syaidatul Kamra Syahira Kamaruddin, 19, atau lebih dikenali dengan nama Dayang, tidak berfikir panjang menyertai Program GENIUS Remaja ketika usianya 16 tahun menerusi kelas kemahiran muzik dan vokal.

Meskipun tidak berhasrat menjadikan bidang nyanyian sebagai kerjaya, Dayang mahu memanfaatk­an ilmu yang dipelajari di Program GENIUS Remaja untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang peguam.

Selain dilatih teknik nyanyian dengan vokal yang betul, beliau turut terkesan dengan cara pembelajar­an oleh guru yang menerapkan disiplin dalam setiap sesi pembelajar­an.

“Datang kelas kena tepat pada masanya dan ketika cikgu mengajar kena dengar, selain kena fokus betulbetul dan fikiran tidak boleh melayang-layang ke tempat lain.

“Kaedah ini Dayang terapkan juga ketika belajar di sekolah dan ia sangat membantu menjadikan saya daripada seorang yang selalu gagal, kemudianny­a dapat skor A dalam peperiksaa­n,” jelasnya.

Sementara itu, bagi Faizatul Husna Nasarudin, 17, meskipun bersifat pemalu dan pasif ketika bersemuka dengan orang ramai, ia tidak mematahkan semangatny­a untuk menerokai minat dalam bidang solekan.

Anak bongsu daripada lima beradik ini jarang melakukan aktiviti di luar rumah, namun memberanik­an diri menyertai kelas solekan ketika di usia 15 tahun.

Menerusi kelas kemahiran itu, Faizatul diajar pelbagai ilmu berkaitan solekan, penjagaan dan teknik urutan wajah.

“Saya berinspira­si untuk melanjutka­n pelajaran dalam bidang kecantikan sebab saya minat dalam bidang itu. Apa sahaja yang saya pelajari di sini, saya mahu teruskan di masa hadapan,” katanya.

GURU IBARAT SAHABAT

Perubahan yang dilalui oleh setiap remaja ini adalah hasil didikan dan pemantauan oleh tenaga pengajar profesiona­l yang disediakan PERKASA menerusi kelas kemahiran termasuk kelas kek dan pastri, kecantikan, vokal dan muzik, fotografi serta ‘button badge’.

Menurut guru kelas muzik dan vokal, Shahrol Bahri Shaarani, teknik yang dipraktikk­an di dalam kelas lebih mementingk­an hubungan baik antara tenaga pengajar dan pelajarnya.

“Kita cuba menjadi sahabat, bukannya sekadar hubungan pelajar dengan guru. Ini kerana apabila kita menjadi sahabat kepada mereka, mereka lebih senang untuk bertimbang rasa dengan kami.

“Selain itu, kita cuba mengelakka­n mereka daripada perkara negatif dengan cara membimbing dan memberi laluan yang betul kepada mereka,” katanya yang mempunyai pengalaman selama 7 tahun sebagai tenaga pengajar di situ.

Bagi guru kelas kek dan pastri, Nur Aliya Md Zin berkata selaindari­padamengaj­arkemahira­n yang ditetapkan, mereka sentiasame­njagahubun­ganerat dengan peserta.

Dengan itu, mereka betah dan selesa untuk komited dan terus hadir ke kelas.

“Kita macam kawan, jadi kita bercerita. Kita hanya jumpa pada hujung minggu sahaja, jadi kita akan berbual dan bertanya khabar “Minggu ini macam mana anda semua?” “Anda semua okey ke?” “Anda semua buat apa sepanjang berada di sekolah?” “Anda semua ada masalah tak di sekolah?”

“Jadi sambil kita buat kek itu, kita berborak dengan mereka. Kadang-kadang ada pelajar yang bercerita dengan kita dan kita tahu macam mana keadaan dirinya sekarang,” katanya yang juga merupakan alumni Program GENIUS Remaja.

Program GENIUS Remaja adalah salah satu daripada tujuh inisiatif di bawah program GENIUS selain GENIUS Negara, GENIUS@Pintar, GENIUS Insan, GENIUS Seni, GENIUS Kurnia dan GENIUS Talent.

 ?? — Gambar Bernama ?? KONGSI ILMU: Tenaga pengajar Filiz Fida Adila Mohammad Fakri (kanan) memberi penerangan tentang cara membuat biskut kepada pelajar program Genius Remaja, Nurul Natasya Abu Bakar (dua kiri) dan Harish Nicholas Nixson (kiri) ketika ditemui di Pusat Komuniti Gebius Remaja Desa Rejangdeka­t Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama KONGSI ILMU: Tenaga pengajar Filiz Fida Adila Mohammad Fakri (kanan) memberi penerangan tentang cara membuat biskut kepada pelajar program Genius Remaja, Nurul Natasya Abu Bakar (dua kiri) dan Harish Nicholas Nixson (kiri) ketika ditemui di Pusat Komuniti Gebius Remaja Desa Rejangdeka­t Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TUNJUK AJAR: Pelajar program Genius Remaja Nurul Natasya Abu Bakar (kiri) mengacau adunan kuih sambil diperhatik­an oleh tenaga pengajarny­a Filiz Fida (kanan).
— Gambar Bernama TUNJUK AJAR: Pelajar program Genius Remaja Nurul Natasya Abu Bakar (kiri) mengacau adunan kuih sambil diperhatik­an oleh tenaga pengajarny­a Filiz Fida (kanan).
 ?? — Gambar Bernama ?? FOKUS: Pelajar program muzik Genius Remaja, Nurul Syahira Mat Aisa (kanan) berlatih dengan alatan muzik.
— Gambar Bernama FOKUS: Pelajar program muzik Genius Remaja, Nurul Syahira Mat Aisa (kanan) berlatih dengan alatan muzik.
 ?? — Gamabr Bernama ?? PORSES BAKAR: Tenaga pengajar program Genius Remaja Fatimah Jusoh memasukkan adunan biskut untuk dibakar ke dalam ketuhar.
— Gamabr Bernama PORSES BAKAR: Tenaga pengajar program Genius Remaja Fatimah Jusoh memasukkan adunan biskut untuk dibakar ke dalam ketuhar.
 ?? — Gambar Bernama ?? MINAT: Tenaga pengajar muzik program Genius Remaja, Shahrol Bahri Shaarani (tengah) mengajar vokal kepada Syaidatul Kamra (kanan) dan Muhammad Ismail Sulaiman (kiri).
— Gambar Bernama MINAT: Tenaga pengajar muzik program Genius Remaja, Shahrol Bahri Shaarani (tengah) mengajar vokal kepada Syaidatul Kamra (kanan) dan Muhammad Ismail Sulaiman (kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? ASAH BAKAT: Pelajar program muzik Genius Remaja berlatih vokal ketika ditemui di Pusat Komuniti Genius Remaja Desa Rejang.
— Gambar Bernama ASAH BAKAT: Pelajar program muzik Genius Remaja berlatih vokal ketika ditemui di Pusat Komuniti Genius Remaja Desa Rejang.
 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK DIPASARKAN: Produk-produk yang dikeluarka­n hasil daripada pelajar-pelajar program Genius Remaja.
— Gambar Bernama UNTUK DIPASARKAN: Produk-produk yang dikeluarka­n hasil daripada pelajar-pelajar program Genius Remaja.
 ??  ?? NUR ALIYA
NUR ALIYA
 ?? — Gamabr Bernama ?? HASIL: Produk- produk yang dikeluarka­n oleh pelajar-pelajar program Genius Remaja.
— Gamabr Bernama HASIL: Produk- produk yang dikeluarka­n oleh pelajar-pelajar program Genius Remaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia