Utusan Borneo (Sarawak)

Ditangkap dinihari kerana miliki syabu

Suspek, 37, dilihat mencurigak­an ketika menunggang motosikal di Jalan Astana

- Oleh Jeremy Lanson

Suspek ditahan anggota dari Unit Kereta Peronda Polis (MPV) selepas dilihat menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigak­an.

Superinten­den Merbin Lisa

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching

KUCHING: Seorang lelaki ditangkap selepas didapati memiliki dadah jenis syabu seberat kira-kira 5.23 gram semasa diperiksa awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superinten­den Merbin Lisa berkata, suspek berusia 37 tahun itu terdahulu ditahan selepas dilihat mencurigak­an di Jalan Astana, Petra Jaya sekitar jam 3.15 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n menemui tujuh peket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu yang dianggarka­n bernilai RM523.

“Suspek ditahan anggota dari Unit Kereta Peronda Polis (MPV) selepas dilihat menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigak­an.

“Hasil pemeriksaa­n menjumpai dadah di dalam poket baju yang dipakainya,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dedah Merbin juga, suspek semasa disoal siasat mengaku terlibat kegiatan pengedaran

dadah sejak Januari 2020.

“Siasatan lanjut juga mendapati dadah tersebut diperolehi secara ‘bank-in’ daripada seorang pengedar di Kuching.

“Susulan itu, kita kini dalam usaha menjejaki pengedar dadah terbabit,” katanya.

Selain itu, saringan awal air kencing terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah jenis Methamphet­amine.

“Semakan rekod juga mendapati dia mempunyai dua rekod jenayah lampau, juga berkaitan dadah,” katanya.

Suspek kini ditahan reman sehingga 19 Mei untuk siasatan lanjut.

“Masyarakat juga diseru menyalurka­n maklumat jika terdapat masalah pengedaran dan penyalahgu­naan dadah di kawasan masing-masing bagi membolehka­n pihak Polis mengambil tindakan segera,” ujar Merbin.

 ??  ?? RAWATAN AWAL: Anggota APM Sri Aman memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum merujuknya ke Hospital Sri Aman.
RAWATAN AWAL: Anggota APM Sri Aman memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum merujuknya ke Hospital Sri Aman.
 ??  ?? BAHAS KES: Dadah yang dirampas daripada suspek.
BAHAS KES: Dadah yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia