Utusan Borneo (Sarawak)

Lee ziarah mangsa kebakaran di Tudan Fasa 2, hulurkan bantuan

-

MIRI: Menteri Pengangkut­an Sarawak merangkap ADUN Senadin Datuk Lee Kim Shin semalam menziarahi mangsa kebakaran di Tudan Fasa 2 di sini untuk menyerahka­n bantuan kepada mereka.

Sempena kunjungann­ya menemui keluarga yang terdiri daripada enam orang itu, Lee turut menyerahka­n bantuan berbentuk wang tunai, bantuan makanan dan juga bahan keperluan harian kepada mangsa.

Ketua keluarga merupakan seorang ibu tunggal yang tinggal bersama dengan anak, menantu dan cucunya.

Ketika kebakaran berlaku pada lewat malam 9 Mei lalu, hanya dua penghuni berada di rumah, manakala empat ahli keluarga lain berada di tempat lain.

Meskipun rumah dua tingkat separuh kekal itu ranap sepenuhnya dalam kebakaran menyebabka­n semua mangsa tinggal sehelai sepinggang, namun mereka bernasih baik kerana tiada kecerderaa­n dan kemalangan jiwa berlaku.

Punca kebakaran yang disyaki disebabkan lintar pintas.

Pada masa yang sama, Lee turut meminta pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri supaya menghulurk­an bantuan bahan binaan untuk membantu mangsa membina semula rumah mereka.

Sebelum ini, Pusat Khidmat DUN N.75 Senadin, JKM bahagian Miri dan Bulan Sabit Merah (BSM) Miri telah menghulurk­an bantuan makanan kering dan bahan keperluan dapur serta wang kebajikan kepada mangsa kebakaran.

Dalam perkembang­an yang sama, Lee turut menyaksika­n penyerahan sumbangan bahan keperluan asas oleh Kelab Sukan Permotoran Saga Miri (KSPSM) atau Miri Borneo Division Saga Owner Club (BDSOC) kepada keluarga mangsa kebakaran tersebut.

Lee turut merakamkan ribuan terima kasih kepada kelab berkenaan atas inisiatif mereka kerana sentiasa peka akan isu-isu sosial dalam masyarakat.

Mengiringi Lee ialah Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri merangkap Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Pemangku Pegawai Daerah Miri Siti Rohanie Yusof, Pembantu Pembanguna­n Masyarakat Nur Amanina Ery dan Mohd Rafizie Barahim serta ahli-ahli dari KSPSM.

 ??  ?? SERAH: Lee (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan wang tunai kepada mangsa sambil disaksikan oleh Siti (kanan) dan Abdul Azizi (dua kanan) dan ahli jawatankua­sa mewakili KSPSM yang lain.
SERAH: Lee (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan wang tunai kepada mangsa sambil disaksikan oleh Siti (kanan) dan Abdul Azizi (dua kanan) dan ahli jawatankua­sa mewakili KSPSM yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia