Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lokasi dikenakan PKPD 16-29 Mei

PKPD di Lorong 2 Kg Kongsi 8. Tawau dan di Kg Lubok Redan, Melaka

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Kampung Lubok Redan, Alor Gajah, Melaka dan Lorong 2 Kampung Kongsi 8, Tawau, Sabah bermula 16 hingga 29 Mei.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil setelah membuat penilaian risiko bersama-sama pelbagai agensi dalam Jawatankua­sa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, pelaksanaa­n PKPD di Kampung Lubok Redan adalah untuk memudahkan Kementeria­n Kesihatan (KKM) melaksanak­an saringan secara bersasar terhadap semua individu yang terlibat dan mengekang penularan jangkitan COVID-19 kepada komuniti luar.

“Sehingga kini, KKM mengesahka­n terdapat peningkata­n ketara kes dalam tempoh dua minggu apabila 56 kes positif direkodkan di lokaliti ini,” menurutnya dalam kenyataan mengenai PKP dan PKP Bersyarat (PKPB).

Ismail Sabri juga berkata setakat ini, KKM melaporkan 15 kes positif COVID-19 hasil 56 saringan di Lorong 2 Kampung Kongsi 8 dengan kadar positif sebanyak 26.79 peratus.

Katanya, pelaksanaa­n PKPD di lokaliti itu adalah bagi memudahkan KKM menjalanka­n pengesanan kes secara aktif (ACD) supaya kes positif dapat diasingkan secepat mungkin dan mengekang penularan jangkitan COVID-19 kepada komuniti lain.

Beliau juga berkata, pelaksanaa­n PKPD di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Madai, Kunak, Sabah yang berkuat kuasa sejak 1 Mei dilanjutka­n hingga 28 Mei berikutan masih berlaku penularan dalam kalangan penduduk dan terdapat 51 baki sampel saringan sedang menunggu keputusan.

“Sehingga kini, KKM melaksanak­an 895 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 42 kes positif COVID-19 direkodkan,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Bergosong, Tawau, Sabah esok seperti yang dijadualka­n sebelum ini.

Mengulas mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara semalam, beliau memaklumka­n bahawa 292 individu ditahan kerana ingkar dan daripada jumlah itu, 278 orang telah dikompaun manakala 14 direman.

Katanya pada masa sama, tujuh pendatang tanpa izin ditahan dalam Operasi Benteng manakala 481 sekatan jalan raya turut diadakan semalam.

 ??  ?? ISMAIL SABRI
ISMAIL SABRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia