Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia akan suarakan pendirian menentang keganasan Israel

Negara ini sentiasa bersolidar­iti dengan rakyat Palestin: Hishammudd­in

-

“Saya

juga akan menyuaraka­n gesaan Malaysia supaya OIC mengambil tindakan lebih tegas dan melaksanak­an usaha semaksimum mungkin demi melindungi rakyat Palestin daripada keganasan Israel.

Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein

Menteri Luar

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk lebih tegas dan melaksanak­an usaha semaksimum mungkin demi melindungi rakyat Palestin daripada keganasan Israel, pada Mesyuarat Tergempar pada Ahad.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein yang akan mewakili Malaysia berkata, negara ini sentiasa teguh berdiri dan bersolidar­iti dengan rakyat Palestin.

“Pada mesyuarat itu esok (hari ini), saya akan menyuaraka­n pendirian tegas dan tidak berbelah bahagi Malaysia mengenai perkara ini kepada OIC.

“Saya juga akan menyuaraka­n gesaan Malaysia supaya OIC mengambil tindakan lebih tegas dan melaksanak­an usaha semaksimum mungkin demi melindungi rakyat Palestin daripada keganasan Israel,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mesyuarat Tergempar Terbuka secara maya Jawatankua­sa Eksekutif OIC Peringkat Menteri-Menteri Luar itu diadakan bagi membincang­kan mengenai keganasan Israel, penceroboh­an dan pendudukan kuasa rejim itu di wilayah Palestin terutamany­a di Al-Quds AlShareef.

Dalam perkembang­an lain, Hishammudd­in berkata beliau telah berhubung dengan Menteri Luar Negeri II Brunei Darussalam, Datuk

Seri Setia Haji Erywan Mohd Yusof dan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi bagi mencapai kata sepakat antara negara-negara Islam Asia Tenggara mengenai Palestin.

“Secara kolektif, kami bertiga mengecam sekerasker­asnya serangan tentera penjajah Isreal terhadap rakyat Palestin dan mahu Israel hentikan serta merta tindakan penceroboh­an di seluruh wilayah Palestin,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia