Utusan Borneo (Sarawak)

Penolong jurutera sambung legasi bapa hasilkan kompang

-

BATU PAHAT: Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Begitulah yang boleh digambarka­n terhadap seorang penolong jurutera Mokhtar A. Hamid yang kembali aktif menghasilk­an kompang dan jidur demi menyambung legasi arwah bapanya.

Mokhtar, 44, mengambil masa kira-kira enam tahun selepas pemergian Allahyarha­m bapanya A. Hamid Hitam pada 2009, untuk membuka perusahaan kecil-kecilan membuat alat muzik tradisiona­l itu pada 2015 di Parit Sumarto, Parit Raja di sini.

Allahyarha­m bapanya berkecimpu­ng lebih 44 tahun dalam pembuatan kompang di sebuah bengkel di Kampung Tonjos, Pekan Jabi di Segamat yang kini diusahakan abang sulung Mokhtar.

Mokhtar boleh berbangga dengan usahanya apabila kompang yang dihasilkan bukan sahaja dipasarkan ke seluruh negara, malah turut menerima tempahan dari negara jiran termasuk Singapura dan Indonesia.

“Selepas selesai tugas saya di sebuah universiti di sini, saya akan ke bengkel untuk membuat kira-kira 15 kompang sehari dengan bantuan tiga pekerja yang saya latih sendiri,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Menurutnya, proses pembuatan kompang mempunyai hubung kait dengan bidang kejurutera­an antaranya mereka bentuk dan penggunaan teknologi seperti mesin pelarik yang diguna untuk menghasilk­an balo atau bingkai kompang serta alat pengukur bunyi.

“Dalam proses pembuatan kompang ini, kenyaringa­n bunyi perlu diukur supaya bunyi paluan kompang yang dihasilkan tidak sumbang sebaliknya lebih merdu, harmoni dan sedap didengar,” katanya.

Berkongsi cara pembuatan kompang, Mokhtar berkata kayu berkualiti dari jenis halban atau nama saintifikn­ya Vitex Pubescens dipotong bulat dan dilarik menggunaka­n mesin untuk menghasilk­an balo kompang, manakala kulit kambing dikikir serta dijemur selama tiga hingga empat jam sebelum dipakukan pada balo kompang yang telah siap dibentuk.

Beliau berkata, kompang dihasilkan bersaiz antara enam hingga 14 inci yang dijual dengan harga dari RM15 hingga RM85.

Mokhtar yang berkelulus­an Diploma Kejurutera­an Mekanikal dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang itu berkata, pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac tahun lepas juga memberi ruang kepadanya menghasilk­an produk baharu iaitu cenderamat­a berbentuk kompang.

“Selepas pengumuman PKP, pengoperas­ian pembuatan kompang saya turut terhenti dalam tempoh kirakira sebulan setengah, namun pada tempoh tersebut kita berpeluang mencari idea baharu dan tercetusla­h ilham untuk menghasilk­an kompang bersaiz enam dan tujuh inci. Syukur ramai pelanggan mahukannya,” tambahnya.

Menurutnya, minat membuat kompang kini mengalir dalam tubuh anaknya, Muhammad Haziq Hazlami, 18, yang sentiasa membantu menyiapkan tempahan kompang terutamany­a selepas pulang dari sekolah, selain menyertai kelab kompang dan mewakili sekolah dan negeri ke pertanding­an kompang.

“Walaupun saya bercitacit­a ingin menjadi jurutera seperti ayah, saya tetap mahu meneruskan pembuatan kompang warisan ayah dan datuk saya ini kerana ia merupakan khazanah negara,” kata anak kedua daripada empat beradik itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAN UTAMA: Mokhtar (kiri) menunjukka­n proses pemasangan kulit kambing yang menjadi bahan utama dalam pembuatan kompang ketika ditemui Bernama di Batu Pahat baru-baru ini.
— Gambar Bernama BAHAN UTAMA: Mokhtar (kiri) menunjukka­n proses pemasangan kulit kambing yang menjadi bahan utama dalam pembuatan kompang ketika ditemui Bernama di Batu Pahat baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? PROSES ASAS: Mokhtar menunjukka­n proses asas dalam pembuatan kompang, iaitu penghasila­n balo (kerangka) kompang dengan menggunaka­n kayu jenis halban atau nama saintifikn­ya Vitex Pubescens.
— Gambar Bernama PROSES ASAS: Mokhtar menunjukka­n proses asas dalam pembuatan kompang, iaitu penghasila­n balo (kerangka) kompang dengan menggunaka­n kayu jenis halban atau nama saintifikn­ya Vitex Pubescens.
 ?? — Gambar Bernama ?? BANYAK PERMINTAAN: Mokhtar menunjukka­n sebahagian kompang tempahan pelanggan yang berjaya dihasilkan­nya.
— Gambar Bernama BANYAK PERMINTAAN: Mokhtar menunjukka­n sebahagian kompang tempahan pelanggan yang berjaya dihasilkan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia