Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek kes bunuh di kilang papan Perancis serah diri

Selepas pemburuan besar-besaran selama tiga hari di kawasan hutan, motif dipercayai sebagai dendam

-

SAUMANE: Seorang lelaki disyaki menembak mati majikannya dan seorang rakan sekerja di sebuah kilang papan di selatan Perancis menyerah diri kelmarin selepas pemburuan besarbesar­an selama tiga hari di kawasan hutan pergununga­n Cevennes.

“Lelaki yang diburu sejak Selasa sudah menyerah dirinya sendiri,” ciap Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin di Twitter.

Memakai pakaian penyamaran, Valentin Marcone yang berusia 29 tahun menyerah diri tanpa sebarang insiden selepas dikepung di dalam sebuah gereja di pekan Saint-Marcel de Fontfouill­ouse, kirakira 60 kilometer di utara bandar Montpellie­r, menurut sumber yang terlibat dalam kes dan meminta namanya dirahsiaka­n.

Lebih 350 anggota polis dibantu oleh beberapa helikopter, dron dan anjing menyertai pemburuan untuk Marcone yang bermula pada Selasa lepas.

Dia dikatakan menembak majikannya selepas ditegur kerana tidak mengucapka­n ‘hello’ semasa tiba di tempat kerja di sebuah kilang papan di kampung Les Plantiers.

Dikejutkan oleh serangan, seorang lagi rakan sekerja cuba untuk campur tangan, namun suspek turut menembakny­a beberapa kali di bahagian kepala, seorang saksi memberitah­u penyiasat.

Penyiasat berkata lelaki itu baru-baru ini bergaduh dengan majikannya mengenai masa kerjanya.

Kawasan hutan Cevennes, sebuah pangkalan bagi French Protestant­ism, merupakan salah satu wilayah paling terpencil di Perancis.

Beberapa anggota kumpulan penentang, French Resistance, bersembuny­i di dalam gua dan hutan di kawasan tersebut ketika Perang Dunia Kedua. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SIDANG MEDIA: Pendakwa raya Eric Maurel (dua kanan) bercakap pada sidang media di Saumane, di wilayah Cevennes, selatan Perancis kelmarin setelah seorang lelaki yang disyaki menembak mati dua orang di sebuah kilang papan menyerahka­n diri sendiri tiga hari selepas pemburuan besar-besaran.
— Gambar AFP SIDANG MEDIA: Pendakwa raya Eric Maurel (dua kanan) bercakap pada sidang media di Saumane, di wilayah Cevennes, selatan Perancis kelmarin setelah seorang lelaki yang disyaki menembak mati dua orang di sebuah kilang papan menyerahka­n diri sendiri tiga hari selepas pemburuan besar-besaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia