Utusan Borneo (Sarawak)

SAH ATAU TIDAK?

Messi tunggu keputusan peguam untuk mengetahui masa depannya di Barca dengan gaji dikurangka­n

-

BARCELONA: Barcelona secara prinsipnya sudah mencapai persetujua­n dengan Lionel Messi untuk terus kekal di kelab untuk lima tahun lagi tetapi dengan gaji yang dikurangka­n, menurut laporan media Sepanyol pada Rabu.

Messi, yang pada bulan ini akhirnya memenangi satu kejuaraan antarabang­sa bersama Argentina dengan menewaskan Brazil untuk memenangi Copa Amerika, “akan menandatan­gani kontrak lima tahun dengan klausa pelepasan kontrak bernilai 600 juta euro,” menurut akhbar sukan harian Catalan, L’Esportiu.

“Pemain akan menerima gaji kurang 50 peratus. Sekarang ia hanya melibatkan peguam untuk melihat perjanjian itu dan memberikan kelulusan. Sebaik sahaja ia berlaku, kedudukan Messi di kelab akan diketahui,” kata sebuah lagi akhbar sukan harian, Marca, yang mengesahka­n laporan awal L’Esportiu.

Menurut akhbar, Messi, akan menerima gaji asas sekitar 20 juta euro pada musim hadapan bersama Barca, di mana beliau memenangi 10 kejuaraan liga dan empat kejuaraan Liga Juara-Juara.

Musim lepas agak mengecewak­an ketika kelab hanya memenangi Piala Sepanyol dan tersingkir di pusingan kedua Liga Juara-Juara.

Musim lepas, Messi cuba meninggalk­an Barca sebagai ejen bebas menerusi satu klausa dalam kontraknya sebelum bersetuju menamatkan tahun terakhir kontrak ketika kelab mengancam untuk membawa kes ke mahkamah.

Ada spekulasi di mana Messi akan menandatan­gani kontrak dua tahun dan kemudian menyertai Liga Bola Sepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat, walaupun rakan baik dan bekas rakan sepasukan, Neymar, ada berkata beliau mahu Messi berganding­an dengannya di PSG.

“Akhirnya, kedua-dua pihak melihat ia sesuai untuk meneruskan lagi kerjasama ini,” lapor L’Esportiu.

Beberapa akhbar berkata pengumuman rasmi perjanjian itu akan menyusul dalam beberapa hari lagi.

Dengan Barcelona diselubung­i hutang beberapa ratus juta euro, media Sepanyol sebelum ini melaporkan 555 juta euro dibayar kepada Messi sepanjang empat musim dari November 2017 sehingga akhir bulan lepas.

Akhbar El Mundo mengeluark­an tajuk ‘kontrak lumayan Messi menjejaska­n Barca’ – jumlah yang termasuk hak imej dan bonus berkaitan prestasi dengan pemain yang dilaporkan memperoleh­i pendapatan bersih 297 juta euro. — AFP

Pemain akan menerima gaji kurang 50 peratus. Sekarang ia hanya melibatkan peguam untuk melihat perjanjian itu dan memberikan kelulusan. Sebaik sahaja ia berlaku, kedudukan

” Messi di kelab akan diketahui.

Kenyataan akhbar sukan harian Marca

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MESSI
MESSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia