Utusan Borneo (Sarawak)

Kelonggara­n bagi penerima lengkap vaksin dipertimba­ng

Muhyiddin meminta JKJAV buat penilaian semula berhubung SOP

-

PUTRAJAYA: Individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID19 akan dipertimba­ngkan diberi kelonggara­n tertentu termasuk makan di kedai, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, beliau telah meminta Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk membuat penilaian semula berhubung prosedur operasi standard (SOP) bagi mereka yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin.

“Saya fikir sebahagian besar (rakyat) sudah dapat suntikan (vaksin COVID-19).

“Mutakhir sekali saya minta Jawatankua­sa Pengurusan (JKJAV) ini menilai semula bagi mereka yang dapat vaksin dua suntikan supaya mereka akan diberikan kelonggara­n-kelonggara­n, sama ada dari segi perjalanan atau pergi ke kedai atau makan di restoran.

“Ini petanda supaya kita nak tunjukkan sementara kita menguruska­n COVID19, maka kehidupan rakyat mungkin sedikit demi sedikit akan kembali seperti masamasa yang lepas,” katanya kepada media selepas membuat tinjauan penyediaan Bakul Prihatin Negara di Dewan Perdana Nur, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di sini semalam.

Pada masa ini, katanya proses vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK) berjalan mengikut jadual.

“Saya harap dalam tempoh beberapa hari ke hadapan, bulan ini dan bulan hadapan, pembekalan vaksin akan meningkat dan bertambah,” katanya.

Muhyiddin turut meminta semua pihak untuk meletakkan keyakinan kepada kerajaan dalam menguruska­n pandemik COVID-19.

“Jadi bersabarla­h, jangan kata kerajaan tak bagi tumpuan, tapi yakinlah dengan kerjasama pimpinan dalam kerajaan, swasta, rakyat dan NGO (badan bukan kerajaan), kita boleh menang dalam menghadapi

“Ini

petanda supaya kita nak tunjukkan sementara kita menguruska­n COVID-19, maka kehidupan rakyat mungkin sedikit demi sedikit akan kembali seperti masamasa

” yang lepas.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri

‘peperangan’ ini,” katanya.

Malaysia mula melaksanak­an PICK pada 24 Februari lepas dan setakat ini sebanyak 12,647,558 dos vaksin telah diberikan, menjadikan jumlah keseluruha­n individu yang telah lengkap dua dos vaksin ialah 4,003,266 atau 12.3 peratus daripada populasi rakyat Malaysia. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Muhyiddin diiringi Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun semasa meninjau penyediaan Bakul Prihatin Negara di Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Muhyiddin diiringi Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun semasa meninjau penyediaan Bakul Prihatin Negara di Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia