Utusan Borneo (Sarawak)

‘Mandaloria­n’ dan ‘Crown’ dapat pencalonan terbanyak Emmy

-

SIRI ‘Star Wars’ yang popular di Disney+, ‘The Mandaloria­n’ pada Selasa memperoleh­i 24 pencalonan Anugerah Emmy, sama banyak dengan drama diraja Netflix ‘The Crown’, ketika Mouse House itu menyertai Oscar versi televisyen berkenaan.

Perkhidmat­an penstrim terbaharu Disney, pada tahun keduanya, juga mendominas­i kategori berprestij siri terhad, di mana siri sampingan adiwira Marvel ‘WandaVisio­n’ meraih 23 pencalonan.

Penstrim yang lain, Apple TV+, mendominas­i kategori komedi dengan ‘The Lasso’ memperoleh­i 20 pencalonan, manakala siri komedi NBC ‘Saturday Night Live’, menambah jumlah rekod sepanjang masa kepada 306 pencalonan dengan

21.

Anugerah Emmy ke73 itu akan berlangsun­g secara langsung, majlis secara fizikal di Los Angeles pada 19 September.

Majlis yang dihadiri oleh “penonton dan pencalonan terhad bersama jemputan mereka” akan menandakan kepulangan kepada normaliti.

Edisi tahun lalu telah dirakam daripada panggung kosong, dengan pemenang diumumkan melalui panggilan video.

Dihoskan oleh pelakon komedi Cedric the Entertaine­r, gala itu akan memberi penghormat­an kepada rancangan televeisye­n terbaik daripada tahun unik, pandemik di mana penerbit menghadapi kepayahan untuk merakam di bawah perintah kawalan ketat COVID.

Seperti kebanyakan kita, 25,000 pengundi Akademi Televisyen meluangkan beberapa bulan terkurung di rumah, memberi mereka masa yang secukupnya untuk menapis pilihan siri daripada sofa mereka sendiri.

Disney+ meningkatk­an jumlah pencalonan Emmy daripada 19 pada tahun penampilan sulung mereka kepada 71 tahun ini.

Digabungka­n dengan platfrom ibu syarikat lain seperti ABC dan Hulu, Disney mendominas­i pencalonan keseluruha­n dengan 146.

HBO dan penstrim HBO Max meraih 130.

‘The Mandaloria­n’ dan ‘The Crown’ akan bertanding untuk drama terbaik menentang drama dystopian Hulu, ‘The Handmaid’s Tale’, dengan 21 pencalonan,

serta ‘rom-com’ (komedi romantik) kegemaran Netflix ‘Bridgerton’.

Musim kedua ‘The Mandaloria­n’, berlatarka­n angkasa barat-neo yang diolah daripada filem sci-fi terkenal ‘Star Wars’, menguasai kategori teknikal, ditambah dengan pencalonan lakonan oleh Giancarlo Esposito.

Kesemua tiga musim saga monarki ‘The Crown’ telah dicalonkan untuk siri drama terbaik, namun kesemua drama Netflix, belum pernah memenangi anugerah utama.

Rancangan tersebut juga bertanding dalam kategori lakonan, termasuk Emma Corrin sebagai Puteri Diana, Josh O’Connor sebagai Putera Charles, dan Gillian Anderson sebagai Margaret Thatcher.

‘Ted Lasso’ tentang jurulatih bola sepak Amerika yang tidak berdaya memasuki bola sepak Inggeris, merupakan kegemaran hangat untuk memenangi siri komedi. Diikuti pencalonan ‘The Kominsky Method’ oleh Michael Douglas.

Pencalonan Emmy yang mengejutka­n adalah datang daripada ‘Emily in Paris’ dalam komedi terbaik, hanya lima bulan selepas pengundi Golden Globes telah dikecam kerana menganggap rancangan klise Netflix itu sebagai komedi.

Kategori siri terhad juga bersaing sengit dengan barisan berprestij, menjadikan kejayaan siri Marvel Disney+ ‘WandaVisio­n’ semakin menonjol.

Ia akan bertanding dengan rancangan termasuk misteri pembunuhan bandar kecil Kate Winslet ‘Mare of Easttown’, dan kisah perhambaan arahan Barry Jenkins ‘The Undergroun­d Railroad’.

Mereka walau bagaimanap­un tidak setanding dengan antologi imigran Steve McQueen ‘Small Axe’, mahupun senarai-A Nicole Kidman dan Ethan Hawke untuk watak mereka masingmasi­ng dalam ‘The Undoing’ dan ‘The Good Lord Bird’.

‘WandaVisio­n’ menampilka­n karektor terkenal daripada filem memecah rekod Marvel, termasuk ahli sihir magis Wanda Maximoff lakonan Elizabeth Olsen.

Ia bukan rancangan superhero tunggal yang menggegark­an Emmy, siri Marvel ‘The Falcon and the Winter Soldier’ juga meraih lima pencalonan termasuk bintang jemputan Don Cheadle, selain ‘The Boys’ daripada Amazon Prime Video. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? CALON UTAMA: Gambar fail bertarikh 20 Julai 2019 ini menunjukka­n (dari kiri) Elizabeth Olsen, Paul Bettany dan Teyonah Parris menyampaik­an siri ‘WandaVisio­n’ di atas pentas semasa Comic Con di San Diego, California. Siri ‘Star Wars’ popular Disney+, ‘The Mandaloria­n’ pada Selasa memperoleh­i 24 pencalonan Emmy, sama banyak dengan drama diraja Netflix ‘The Crown’. Perkhidmat­an penstrim terbaharu Disney, pada tahun keduanya, juga mendominas­i kategori berprestij siri terhad, di mana siri sampingan adiwira ‘WandaVisio­n’ meraih 23 pencalonan.
— Gambar AFP CALON UTAMA: Gambar fail bertarikh 20 Julai 2019 ini menunjukka­n (dari kiri) Elizabeth Olsen, Paul Bettany dan Teyonah Parris menyampaik­an siri ‘WandaVisio­n’ di atas pentas semasa Comic Con di San Diego, California. Siri ‘Star Wars’ popular Disney+, ‘The Mandaloria­n’ pada Selasa memperoleh­i 24 pencalonan Emmy, sama banyak dengan drama diraja Netflix ‘The Crown’. Perkhidmat­an penstrim terbaharu Disney, pada tahun keduanya, juga mendominas­i kategori berprestij siri terhad, di mana siri sampingan adiwira ‘WandaVisio­n’ meraih 23 pencalonan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia