Utusan Borneo (Sarawak)

PENIAGA LUAH HARAPAN BESAR UNTUK EKONOMI BERANSUR PULIH

Tinjauan di beberapa lokasi hampir keseluruha­n perniagaan dibenarkan dibuka namun pengunjung masih kurang

- Oleh Agnes Tugong

Dari segi sambutan, memang agak perlahan untuk dua hari pertama ini kerana masyarakat masih bimbang untuk

” keluar membeli-belah pada waktu ini.

Shajahan Sayed Ahmad

Pengusaha perniagaan tekstil

KUCHING: Aktiviti perniagaan di beberapa pusat perniagaan tumpuan di sekitar bandar raya ini masih perlahan pada hari kedua pelaksanaa­n Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Sarawak, semalam.

Tinjuan Utusan Borneo di sekitar Lebuh India, Lebuh Carpenter, Main Bazaar dan Pusat Beli-Belah Plaza Merdeka di sini semalam mendapati suasana masih lengang meskipun hampir keseluruha­n perniagaan telah dibenarkan dibuka.

Pengusaha perniagaan tekstil Shajahan Sayed Ahmad yang ditemui di Lebuh India berkata, perniagaan masih perlahan pada hari kedua pengoperas­ian semula kedainya semalam.

“Selepas lebih sebulan ditutup, saya lega kerana dibenarkan membuka semula perniagaan di bawah Fasa Kedua PPN ini bagi negeri Sarawak.

“Dari segi sambutan, memang agak perlahan untuk dua hari pertama ini kerana masyarakat masih bimbang untuk keluar membeli-belah pada waktu ini.

“Jadi saya berharap, aktiviti perniagaan akan kembali pulih dalam tempoh Fasa Kedua PPN ini serta seterusnya,” katanya.

Sementara itu pengusaha kedai perabot Sim Ah Kee yang ditemui di Lebuh Carpenter juga mengakui perniagaan masih perlahan pada hari kedua dibuka di bawah Fasa Kedua PPN.

“Kalau ada pengunjung pun, tidak ada yang beli sebab sekarang semua orang susah. Peniaga susah, pelanggan pun susah,” katanya.

Meskipun tiada pelanggan, Sim berkata perniagaan­nya tetap dibuka dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Sim turut berharap perniagaan akan kembali pulih bagi menampung semula pendapatan yang hilang dalam tempoh PKP yang lepas.

Bagi tukang kasut Rohana Dulah dan Hamdan Mohamad pula, oleh kerana hampir keseluruha­n perniagaan di Lebuh India kembali dibuka di bawah Fasa Kedua PPN, mereka juga kembali menjalanka­n pekerjaan mereka sebagai tukang kasut.

Katanya meskipun masih bimbang dengan penularan COVID-19, namun kerja sebagai tukang kasut di Lebuh India ini harus diteruskan demi kelangsung­an hidup selepas lebih sebulan tidak bekerja berikutan PKP.

“Hari ini (semalam) hari pertama saya bekerja semula sebagai tukang kasut dan pelanggan sangat kurang untuk hari pertama ini kerana mungkin ramai yang tidak tahu kehadiran semula kami di sini.

“Kita faham ini baru permulaan Fasa Kedua PPN dan kita berharap kes COVID-19 akan terus menurun di negeri ini supaya kita boleh beralih ke fasa seterusnya di mana pergerakan rakyat tidak lagi terbatas,” katanya.

 ??  ??
 ?? Roystein Emmor
— Gambar ?? PERLAHAN: Suasana di Lebuh India pada hari kedua pelaksanaa­n fasa kedua PPN di Sarawak semalam.
Roystein Emmor — Gambar PERLAHAN: Suasana di Lebuh India pada hari kedua pelaksanaa­n fasa kedua PPN di Sarawak semalam.
 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? KEMBALI BEROPERASI: Rohana (kiri) dan Hamdan kembali bekerja sebagai tukang kasut di Lebuh India pada Fasa Kedua PPN.
— Gambar Roystein Emmor KEMBALI BEROPERASI: Rohana (kiri) dan Hamdan kembali bekerja sebagai tukang kasut di Lebuh India pada Fasa Kedua PPN.
 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? TETAP DIBUKA: Sim duduk di depan kedai perabotnya di Lebuh Carpenter yang lengang daripada pengunjung.
— Gambar Roystein Emmor TETAP DIBUKA: Sim duduk di depan kedai perabotnya di Lebuh Carpenter yang lengang daripada pengunjung.
 ??  ?? SHAJAHAN
SHAJAHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia