Utusan Borneo (Sarawak)

MAKAN DI KEDAI MAKAN DIBENAR MULAI HARI INI

-

KUCHING: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memutuskan untuk membenarka­n premis makanan beroperasi secara ‘dinein’ berkuat kuasa hari ini (16 Julai 2021).

JPBNS dalam kenyataann­ya semalam berkata, keputusan itu diambil selepas Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan mengkaji semula dan menambah baik garis panduan (SOP) di premis makan di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Hanya operator termasuk semua pekerja yang telah menerima sekurangku­rangnya dos pertama vaksinasi COVID-19 dibenarkan beroperasi secara ‘dine-in.’

“Garis panduan (SOP) terperinci dapat di muat turun melalui laman web rasmi MLGH, https://mlgh.sarawak.gov.my/.

“Manakala, SOP bagi sektor-sektor ekonomi peruncitan yang dibenarkan operasi juga dapat dimuat turun melalui laman web rasmi MLGH, https://mlgh. sarawak.gov.my/,” katanya.

Pada masa yang sama, JPBNS memberi amaran tegas kepada semua sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi agar sentiasa mematuhi SOP yang sedang berkuat kuasa dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Antaranya, menutup serta-merta selama 14 hari jika berlaku penularan kes positif di premis yang dibenarkan beroperasi.

“Kos-kos saringan dan sanitasi akan ditanggung oleh operator atau pemilik premis. Kita juga akan mengenakan kompaun jika operator/pekerja gagal mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, menurut SOP Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dikeluarka­n semalam, pekerja yang dikenal pasti sebagai individu di bawah pengawasan (PUS) tidak dibenakan bekerja sehingga mereka tamat tempoh kuarantin.

Selain itu, mereka juga diberikan ‘release order’ oleh pihak kesihatan dan selesai menjalani ujian saringan COVID19 yang telah ditetapkan.

“Pekerja tidak dibenarkan untuk makan secara berkumpula­n tanpa penjarakan fizikal semasa rehat dan sebagainya di tempat yang telah ditetapkan (dalam premis) oleh majikan.

“Operator premis, pekerja dan pembekal diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan KKM ketika berada di premis, selain perlu memastikan aliran pengudaraa­n di premis adalah baik,” katanya.

Sementara itu untuk pelanggan, operator premis perlu memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal satu meter, selain menyediaka­n pensanitas­i tangan atau tempat cuci tangan (termasuk sabun).

Tambah kenyataan itu, operator premis wajib memaparkan jumlah maksimum pelanggan yang dibenarkan berada di dalam premis pada satu-satu masa.

Manakala, bagi susun atur atau jarak antara meja adalah dua meter dan kedudukan antara pelanggan perlu penjarakan fizikal satu meter.

“Bagi kapasiti pelanggan dihadkan kepada 50 peratus keluasan lantai dan tidak melebihi 100 orang pada satu-satu masa dan maksimun kapasiti pelanggan dibenarkan ‘dine-in’ bagi meja berdiamete­r satu meter adalah dua orang.

“Kapasiti maksimun pelanggan dibenarkan ‘dine-in’ bagi meja berdiamete­r 1.2 meter adalah empat orang, sementara kapasiti maksimun pelanggan dibenarkan ‘dinein’ bagi meja berdiamete­r dua meter dan ke atas adalah 6 orang,” katanya.

SOP berkenaan juga menggarisk­an susun atur meja dan kerusi tidak boleh diubah suai sehingga boleh menyebabka­n kesesakan dan penjarakan fizikal sukar dikawal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia