Utusan Borneo (Sarawak)

SINDIKET ALONG TUMPAS

14 ahli geng ‘Ah Lai’ dicekup, miliki 500 pelanggan dengan jumlah pinjaman lebih RM1 juta.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching berjaya menumpaska­n satu sindiket pemberi pinjaman wang tidak berlesen (along) melalui Ops Venture Khas, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, sindiket dikenali sebagai ‘Ah Lai’ terbabit lumpuh selepas 14 ahlinya termasuk ketua sindiket berjaya ditangkap dalam enam serbuan berasingan sejak 1 Julai lalu.

Menurutnya, sindiket tersebut dipercayai mula beroperasi sejak 2016 dan mempunyai 500 pelanggan dengan jumlah pinjaman mencecah RM1.1 juta.

“Sebanyak enam serbuan dilakukan iaitu empat rumah kediaman, satu apartmen serta satu kedai dan daripada serbuan tersebut, kita berjaya menangkap 14 individu termasuk tiga wanita berusia lingkungan 21 hingga 48 tahun.

“Siasatan juga mendapati sindiket ini mempunyai kirakira 500 pelanggan yang telah meminjam daripada mereka dengan anggaran jumlah keseluruha­n pinjaman RM1.1 juta.

“Tetapi itu cuma jumlah yang mereka pinjam, dan kita masih siasat berapa yang mereka dapat balik daripada jumlah yang mereka pinjamkan itu,” katanya pada sidang media di

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, semalam.

Ahsmon berkata, selain ketua sindiket, beberapa lagi yang ditangkap merupakan pekerja mereka termasuk enam pemungut hutang.

“Semakan mendapati beberapa daripada mereka juga mempunyai rekod jenayah lampau iaitu berjudi dan terlibat dengan dadah,” katanya.

Dedah Ahsmon, sindiket tersebut yang juga beroperasi di Kota Samarahan dan Bau didapati berselindu­ng di sebalik perniagaan kedai perabot serta barangan elekrik.

“Mereka mengaburi kegiatan dengan menumpang rekod kutipan atau transaksi wang kedai-kedai perabot serta elektrik untuk mengelak daripada dikesan,” katanya.

Susulan itu, kesemua 14 geng ‘Ah Lai’ yang ditangkap kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Difahamkan, terdapat dua lagi tangkapan melibatkan sindiket pemberi pinjaman wang tidak berlesen yang kini masih dalam siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan along juga boleh terus menyalurka­n maklumat di mana-mana balai polis berhampira­n,” ujar Ahsmon.

 ??  ?? SYABAS: Ahsmon (tengah) bersama dua pegawainya menunjukka­n dokumen-dokumen yang dirampas daripada sindiket tersebut pada sidang media, semalam.
SYABAS: Ahsmon (tengah) bersama dua pegawainya menunjukka­n dokumen-dokumen yang dirampas daripada sindiket tersebut pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia