Utusan Borneo (Sarawak)

KANAK-KANAK PEREMPUAN MATI DISENGAT TEBUAN DI KEBUN LADA DI PAKAN

-

JULAU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 26 bulan disahkan meninggal dunia akibat disengat tebuan pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah (KPD) Julau DSP Andam Sulin berkata, kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Patricia Sanggau dari Rumah Saba, Nunggang Pakan.

“Dalam kejadian itu, mangsa pada 13 Julai jam 11 pagi telah pergi ke kebun lada milik mereka bersama ibunya.

“Ketika berada di kebun lada itu, mangsa dipercayai telah disengat tebuan di bawah telinga sebelah kiri.

“Melihat situasi tersebut, ibu mangsa telah membawa mangsa balik ke rumah pajang dalam keadaan mangsa menangis kesakitan,” kata Andam ketika dihubungi media, semalam.

Menurutnya, ibu mangsa cuba menghubung­i suaminya yang sedang bekerja di kebun, namun tidak berjaya dan terpaksa menunggu suaminya balik kerana tiada kenderaan untuk membawa anaknya ke klinik bagi mendapatka­n rawatan.

Kata Andam lagi, pada jam lebih kurang 8.30 malam, ibu bapa mangsa membawa mangsa ke Klinik Pakan.

“Hasil maklumat yang diterima daripada doktor yang merawat mangsa menyatakan mangsa dalam keadaan yang lemah dan tidak bermaya sewaktu tiba di klinik.

“Pihak petugas perubatan di Klinik Pakan kemudian membuat rawatan dan cuba menyelamat­kan mangsa.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut, doktor mendapati bibir bawah mangsa bengkak sedikit disebabkan alahan terhadap bisa haiwan (sengatan tebuan) dan mangsa disahkan meningggal dunia pada jam 11.40 malam,” kata Andam.

Tambah Andam lagi, pemeriksaa­n juga mendapati badan mangsa tiada sebarang kesan kecederaan lain.

 ??  ?? TRAGIK: Pihak polis mengambil keterangan lanjut mengenai kes kanak-kanak tersebut.
TRAGIK: Pihak polis mengambil keterangan lanjut mengenai kes kanak-kanak tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia