Utusan Borneo (Sarawak)

Lima tahanan warga Vietnam lolos diburu polis

Kejadian disedari seorang pegawai Maritim Malaysia ketika pemeriksaa­n awal pagi di bilik tahanan

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Polis kini sedang giat mengesan lima tahanan warga Vietnam yang di bawah pengawasan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sini yang didapati lolos melarikan awal pagi semalam.

Kejadian disedari salah seorang pegawai Maritim Malaysia yang bertugas sekitar jam 4.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Miri

ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahka­n kejadian terbabit.

“Satu laporan telah kita terima berhubung kejadian dan pihak polis akan membantu Maritim Malaysia Zon Miri untuk mengesan dan menahan kesemua lima tahanan warga Vietnam yang dilaporkan melarikan diri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut sumber, kejadian disedari seorang pegawai Maritim

Malaysia ketika melakukan pemeriksaa­n rutin awal pagi di bilik tahanan.

Selepas pemeriksaa­n dibuat didapati jumlah tahanan telah berkuranga­n lima orang.

Siasatan awal mendapati beberapa jeriji besi telah dipotong dipercayai menjadi laluan tahanan melarikan diri.

Susulan itu, pihak Maritim Malaysia Zon Miri melakukan pencarian namun sehingga petang semalam belum ada penahanan atau penemuan tahanan terbabit.

Terdahulu, kelima-lima lelaki warga Vietnam terbabit merupakan antara 13 nelayan warga asing yang ditahan Maritim Malaysia Zon Miri pada 28 Jun lalu atas kesalahan melakukan penangkapa­n ikan tanpa lesen atau permit di perairan negara.

Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

Satu laporan telah kita terima berhubung kejadian dan pihak polis akan membantu Maritim Malaysia Zon Miri untuk mengesan dan menahan kesemua lima tahanan warga Vietnam yang dilaporkan melarikan diri.

ACP Hakemal Hawari

Ketua Polis Daerah Miri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia