Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki disyaki pecah rumah dan mencuri direman

-

MIRI: Mahkamah Majistret memerintah­kan seorang lelaki direman empat hari untuk membantu siasatan polis kerana disyaki terlibat dalam satu kes pecah rumah dan curi.

Suspek, 39, dari Tudan Desaras di sini, diperintah­kan menjalani reman itu di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut keterangan Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Willie Kanyan Francis Ubi ketika mengemukak­an permohonan reman, suspek telah ditangkap sekitar jam 11 pagi 14 Julai lalu di tepi Jalan Raja di sini.

Tangkapan ke atas suspek dilakukan berikutan satu laporan polis yang diterima Balai Polis Lutong daripada seorang lelaki pada 27 Jun lalu.

Dalam aduannya, pengadu, 49, mendakwa pada 22 Jun lalu jiran menghubung­inya setelah ternampak pintu rumahnya dalam keadaan terbuka disyaki telah dipecah masuk pencuri.

Sekitar jam 5 petang, 24 Jun lalu, semasa sampai di rumahnya di Lorong 3 Tudan Desaras di sini, pengadu yang membuat pemeriksaa­n lanjut mendapati beberapa barang seperti sebuah peti sejuk, sebuah mesin basuh, sebuah kereta sorong, satu silinder gas, sebuah dapur dan sebuah tilam telah hilang.

Kerugian dianggarka­n bernilai RM3,000.

Dalam permohonan lanjutnya Willie berkata, memandangk­an siasatan tidak dapat diselesaik­an dalam tempoh 24 jam, justeru memohon reman selama empat hari ke atas suspek bagi membolehka­n polis melengkapk­an siasatan kes.

Majistret Leona Dominic Mojiliu membenarka­n permohonan itu dan memerintah­kan suspek direman sehingga 19 Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia