Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didakwa edar 2.3kg Ekstasi-MDMA

-

KUCHING: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar 2.3 kilogram Ekstasi-MDMA.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Chong Cin Fah, 32, selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Ogos depan untuk sebutan lanjut kes bagi mendapatka­n laporan kimia.

Sementara menunggu tarikh tersebut, tertuduh direman lanjut di Penjara Puncak Borneo.

Berdasarka­n pertuduhan, lelaki tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di Terminal Bas Kuching Sentral, kira-kira jam 6.05 petang pada 5 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 39 B (2) akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 15 kali sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati.

Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak melaporkan tertuduh pergi ke terminal tersebut untuk menuntut bungkusan di kaunter perkhidmat­an bas.

Semakan awal mendapati bungkusan berkenaan dihantar oleh individu di Miri menggunaka­n perkhidmat­an bas antara bandar.

Pemeriksaa­n rapi yang dilakukan ke atas bungkusan berkenaan seterusnya membawa kepada penemuan sejumlah 48 peket mengandung­i serbuk dipercayai dadah jenis Ekstasi-MDMA yang dicampur dengan serbuk jus.

Lelaki tersebut seterusnya ditahan dan direman selama sembilan hari sehingga semalam.

Pendakwaan dikendalik­an oleh pegawai pendakwa JKDM Masdi Umar manakala tertuduh diwakili peguam, Benedict Khu.

 ??  ?? DIDAKWA: Tertuduh (kanan) diiring pegawai JKDM semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching.
DIDAKWA: Tertuduh (kanan) diiring pegawai JKDM semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia