Utusan Borneo (Sarawak)

Gelandanga­n disyaki mencuri direman empat hari

-

MIRI: Seorang gelandanga­n yang ditangkap kerana disyaki mencuri dua beg pakaian kepunyaan seorang lelaki diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah mendengar permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Mohd Rayhan Albert dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Rayhan berkata, pada petang 13 Julai lalu seorang lelaki yang bekerja sendiri telah membuat laporan di Balai Polis Lutong berhubung kehilangan dua beg pakaian miliknya.

Dalam aduannya, pengadu, 41, mendakwa sekitar jam 6.30 pagi hari sama di tempat letak kenderaan hadapan sebuah restoran di Lutong, beliau mendapati dua beg pakaian masing-masing berwarna merah dan biru yang diletakkan di atas motosikal miliknya telah hilang dipercayai dicuri.

Menurut pengadu, dua beg itu mengandung­i pelbagai barang miliknya.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 2.50 petang 14 Julai lalu di sebuah pondok tidak bernombor di Lorong Desa Pujut 1H/3 di sini, polis telah menangkap seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya Rayhan berkata, reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 33 tahun dari Sungai Binyo Pandan, Sebauh amat diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an kertas siasatan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk mengesan barang kes, melakukan ujian saringan air kencing dan juga ujian calit COVID-19 ke atas suspek.

Mahkamah membenarka­n reman empat hari ke atas suspek sehingga 19 Julai ini.

 ??  ?? DICEKUP: Suspek ketika ditangkap di sebuah pondok tidak bernombor di Desa Pujut kelmarin kerana disyaki mencuri dua beg pakaian kepunyaan seorang lelaki.
DICEKUP: Suspek ketika ditangkap di sebuah pondok tidak bernombor di Desa Pujut kelmarin kerana disyaki mencuri dua beg pakaian kepunyaan seorang lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia